Akaun 3Akaun FleksibelKWSP

KWSP : Akaun Fleksibel Akan Ganti Pengeluaran Bersasar

KWSP : Akaun Fleksibel akan menggantikan pengeluaran bersasar pada tahun hadapan bagi memberi manfaat kepada pencarum. Seperti sedia maklum, pihak kerajaan tidak bercadang untuk melancarkan sekali lagi pengeluaran secara bersasar.

KWSP : AKAUN FLEKSIBEL DIPERKENALKAN

Untuk makluman, pihak kerajaan ketika ini sedang memberi tumpuan untuk membuka satu lagi akaun kepada ahli KWSP. Akaun fleksibel atau akaun ketiga (3) bakal diperkenalkan mulai tahun hadapan, perkara ini telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam sidang Belanjawan 2024, kerajaan telah memaklumkan akan membuka satu lagi akaun untuk pencarum KWSP. Seperti sedia maklum, buat masa ini akaun 1 dan akaun 2 sahaja yang ada dan apa yang akan ditambah adalah akaun feksibel.

Pihak kerajaan akan mengumumkan butiran lebih terperinci berkenaan fungsi akaun fleksibel ini. Apa yang menarik adalah akaun 3 ini boleh diakses oleh semua pencarum/ ahli KWSP tanpa mengira mereka dari kumpulan B40, M40 ataupun T20 kerana pengeluaran boleh dilakukan pada bila-bila masa terutama ketika kecemasan.

Ini adalah merupakan salah satu inisiatif yang diperkenalkan bagi memberi manfaat kepada rakyat bagi meringankan beban kewangan ketika menghadapi waktu sukar. Berkenaan akaun fleksibel ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

PENGELUARAN KWSP AKAUN FSA2 (FASA1)

Kepada yang terlepas pandang, bermula April 2023 pihak KWSP telah melancarkan sebuah kemudahan pengeluaran melalui FSA2. Kemudahan pengeluaran ini adalah bagi membantu ahli yang berkelayakan memerlukan mendapatkan pembiayaan peribadi dari institusi perbankan.

Untuk waktu ini, permohonan bagi pengeluaran FSA2 KWSP fasa 1 telah dibuka dan boleh dilakukan pada bila-bila masa. Kadar pengeluaran yang dibenarkan adalah minimum RM3,000 sehingga maksimum RM50,000 secara one-off.

Semak syarat kelayakan dan daftar permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi FSA2 KWSP – KLIK DISINI

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button