AidilfitriBANTUANKerajaanKhas Aidilfitri

Bantuan Tunai Aidilfitri RM700 Mula Dikreditkan

Bantuan tunai aidilfitri berjumlah RM350 dan RM700 telah mula dikreditkan hari ini (14 April) ke seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk makluman, inisiatif bantuan khas kewangan aidilfitri telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2023 oleh Perdana Menteri.

BANTUAN TUNAI AIDILFITRI

Untuk makluman, pemberian bantuan khas kewangan aidilfitri ini diberikan bagi membatu rakyat membuat persiapan menjelang hari raya pada minggu hadapan. Dengan adanya bantuan atau bonus raya ini dapat memberikan sedikit kegembiraan kepada rakyat bagi menyambut aidilfitri dalam suasana meriah.

Untuk sedia maklum pada awalnya pihak kerajaan umumkan bahawa bayaran akan diberikan pada 17 April. Namun atas dasar keprihatinan kerajaan telah mengawalkan pembayaran pada 14 April 2023 sekali bersama gaji bulanan.

SENARAI PENERIMA BANTUAN TUNAI AIDILFITRI

Pemberian bantuan tunai aidilfitri ini akan disalurkan kepada seluruh rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan penjawat awam dan pesara kerajaan. Bantuan bonus ini diberikan adalah bagi tujuan menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menjalankan tugas perkhidmatan kepada masyarakat.

Dibawah disedikan kadar jumlah yang akan diterima mengikut kategori kelayakan bantuan khas kewangan aidilfitri seperti berikut :

  • RM700 : Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
  • RM350 : Pesara kerajaan dan veteran.

Selain penjawat awam, terdapat beberapa kategori juga turut mendapat bayaran bantuan sebelum aidilfitri seperti berikut :

  • APM, Polis, bomba dan rela : RM300
  • Pekebun getah, nelayan dan pesawah : RM200
  • Sumbangan tunai rahmah (STR) fasa 2 : RM100 bujang dan RM200 isi rumah.

TARIKH BAYARAN 

Secara rasmi, pembayaran akan diagihkan secara berperingkat pada tarikh 14 April 2023 (Jumaat) kredit ke dalam akaun masing-masing. Pemberian bantuan khas sempena aidilfitri ini telah dimaklumakan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

MAKLUMAT LANJUT

Kepada bukan golongan penjawat awam, untuk makluman terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan. Bantuan-bantuan telah diperkenalkan bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan sasar dan B40 pada tahun ini.

Bagi yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk anda dapatkan – SEMAK DISINI untuk liputan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button