BANTUANBLPJKMLatihan Perantis

Bantuan Latihan Perantis : Elaun RM200 Sebulan Untuk Rakyat

Bantuan Latihan Perantis : Elaun bernilai RM200 seorang akan diberikan setiap bulan kepada mereka yang berkelayakan menyertai program ini. BLP ini adalah merupakan sebuah inisiatif yang disediakan pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas.

BANTUAN LATIHAN PERANTIS (BLP)

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) adalah merupakan agensi dibawah kerajaan yang menyediakan skim bantuan kebajikan. Salah satu program inisiatif yang boleh dimohon dan disertai adalah bantuan latihan perantis.

Program khas ini menawarkan elaun berjumlah RM200 diberikan setiap bulan dalam tempoh yang dimaklumkan. Dengan adanya insentif tambahan seperti ini dapat membantu meringankan beban golongan yang memerlukan.

Tujuan utama perlaksanaan program BLP ini masih diteruskan pada tahun ini adalah bagi membantu klien jabatan atau anak penerima bantuan. Mereka yang sedang menganggur dan tercicir dari persekolahan atau bekas penghuni institusi kebajikan layak dapatkan latihan kemahiran atau sambil bekerja.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LATIHAN PERANTIS

Antara syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi menyertai program bantuan khas ini adalah seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Merupakan anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/ penghuni dari mana-mana institusi kebajikan
  • Bekas pelatih perintah khidmat masyarakat
  • Kes-kes seliaan akhlak

LANGKAH CARA DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN (BLP)

Bagi mereka yang mematuhi dan menepati kriteria kelayakan yang ditetapkan, permohonan boleh dikemukakan pada bila-bila masa. Panduan langkah permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI dan borang permohonan boleh dimuat turun di portal tersebut.

Setiap permohonan yang dikemukakan akan menjalani siasatan untuk penilaian (Mean-tested) untuk mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Hal ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

MAKLUMAT LANJUT

Bukan itu sahaja, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif bantuan telah diperkenalkan kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat Malaysia. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button