BANTUANSARASTR Tambahan

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah RM600 : Semak Kelayakan

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah atau lebih dikenali sebagai SARA adalah merupakan inisiatif tambahan STR yang diberikan pada tahun ini. Kepada mereka yang layak akan menerima bantuan tambahan ini berjumlah RM600.

BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Program pemberian bantuan sumbangan asas rahmah (SARA) ini adalah bantuan tambahan STR yang akan mula dikreditkan pada bulan Julai 2023. Ramai yang tidak tahu berkenaan insentif tambahan ini, di halaman ini dikongsikan maklumat berkenaan bantuan SARA.

Bukan semua penerima sedia ada Sumbangan tunai rahmah (STR) akan dapat manfaat dari insentif tambahan RM600 ini. Berikut adalah kriteria kelayakan yang telah ditetapkan bagi penerimaan insentif khas ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima STR
  • Kategori isi rumah pendapatan tidak melebihi (PGK) pendapatan garis kemiskinan
  • Isi rumah berstatus miskin tegar melalui data ekasih

Info :  Semakan sama ada layak atau tidak menerima insentif tambahan ini boleh dilakukan secara online melalui laman rasmi e-Kasih. Sekiranya layak, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin.

KADAR BANTUAN (SARA)

Untuk pengetahuan umum, RM600 adalah kadar yang telah ditetapkan kepada penerima bantuan tambahan SARA. Insentif tambahan ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan buacar makanan asas.

Bermula Julai 2023, pengkreditan secara automatik akan diberikan terus ke dalam kad pengenalan penerima yang layak berjumlah RM100 setiap bulan sehingga bulan Disember 2023.

Insetif tersebut boleh dibelanjakan untuk beli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar dengan kadar yang telah diberikan.

SEMAKAN STATUS BAYARAN MYSTR

Untuk makluman, kini pembayaran STR fasa ke 3 dalam proses pengkreditan dan dijangka selesai sebelum menyambut raya aidiladha. Kepada penerima sedia ada STR, anda boleh membuat semakan status bayaran sekiranya masih belum dikreditkan.

Untuk semak status bayaran, sila layari portal rasmi MySTR – DI SINI

Dan bagi penerima tiada kad bank, bermula 26 Jun 2023, kalian boleh hadir ke kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk proses tebus tunai.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan sumbangan asas rahmah dan STR, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan pada tahun ini. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button