BANTUANBMTRISDA

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800 : Dibayar Berperingkat

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM800 adalah merupakan salah satu inisiatif yang disediakan pada tahun ini. Untuk makluman, pemberian bantuan kewangan istimewa ini akan dibayar kepada mereka yang layak secara berperingkat.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Ramai yang terlepas pandang mengenai insentif khas ini, Bantuan musim tengkujuh ini diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi RISDA. Apa yang menarik adalah kadar jumlah bantuan telah dinaikkan berjumlah RM800 berbanding RM600 tahun lalu.

Atas dasar usaha kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas pada musim tengkujuh yang terdiri daripada golongan pekebun kecil dan penoreh getah, pemberian bantuan BMT telah diperkenalkan.

JADUAL BAYARAN BANTUAN (BMT)

Berikut adalah jadual bayaran bagi bantuan musim tengkujuh (BMT) RM800 bagi tahun 2023 seperti dibawah :

  • November 2023 : RM200
  • Disember 2023 : RM200
  • Januari 2024 : RM200
  • Februari 2024 : RM200

Pembayaran BMT akan dijalankan berperingkat sehingga selesai berdasarkan jadual diatas.

TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Untuk sedia maklum, permohonan bantuan kewangan khas BMT ini telah dibuka. Permohonan boleh dilakukan bermula pada 15 Jun 2023 sehingga tarikh tutup pada 20 September 2023.

SEMAKAN STATUS BMT 2023

Kepada mereka yang ingin membuat semakan status, individu yang berkelayakan boleh membuat semakan secara online. Sila layari laman rasmi BMT RISDA – DI SINI

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN BMT

Terdapat beberapa syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan musim tengkujuh 2023 seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun kecil atau penoreh getah
  • Pemilik tanah yang sah
  • 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
  • Mempunyai kad permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih sah

Info : Bantuan musim tengkujuh ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pekebun kecil dan penoreh getah yang memerlukan sahaja. Mereka yang berkelayakan boleh kemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.

Untuk sebarang pertanyaan atau ingin ketahui maklumat terperinci berkenaan BMT 2023, sila hubungi talian khas BMT RISDA di 03-4256 4022.

MAKLUMAT LANJUT

Selain BMT, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang kurang berkemampuan. Sila lihat dan semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button