BANTUANCarseat

Program Subsidi CSR : Panduan Cara Mohon dan Semak Status Bantuan Carseat 2022

Untuk makluman kepada golongan berkeluarga tahun 2022 yang mempunyai anak yang masih kecil. Anda boleh membuat permohonan subsidi CSR.

Program Subsidi CSR

Melalui Bantuan ini, pemberian inisiatif berbentuk subsidi sebanyak 50% atau sehingga RM 150 untuk pembelian CRS melibatkan kira-kira 188 ribu penerima berjumlah RM 30 juta yang merupakan satu langkah yang baik bagi membantu meringankan beban keluarga dalam golongan B40 yang mempunyai anak bagi membeli CRS dan dalam masa yang sama dapat menjamin keselamatan golongan kanak-kanak yang merupakan aset pada masa akan datang kepada Negara.

Program Subsidi CRS ini merupakan program rebat pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS) kepada golongan keluarga B40. Bantuan subsidi sehingga RM 150 bagi pembelian kerusi keselamatan kanak-kanak bagi tahun ini.

Kadar Bantuan Subsidi CRS

  • Harga Carseat RM 300 dan kebawah – Subsidi sebanyak 50 %
  • Harga carseat RM 301 dan ke atas – Subsidi sebanyak RM 150

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk bantuan subsidi CRS seperti berikut :

  • Status berkahwin dan mempunyai anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Merupakan dari golongan B40 kategori isi rumah
  • Bapa atau ibu tunggal atau balu atau janda atau duda yang mempunyai anak yang berumur 12 tahun dan ke bawah
  • Wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
  • Jika mempunyai anak angkat, mestilah yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
  • Bagi satu keluarga hanya layak menerima rebat untuk 1 subsidi CRS sahaja
  • Bantuan ini terhad kepada 188 ribu penerima sahaja

Panduan Permohonan

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan di portal rasmi MyCrs – DI SINI

Permohonan dibuka bermula 1 Mac 2022 . Jika anda sudah membuat permohonan, semakan status keputusan boleh dibuat bermula 1 April 2022.

Kepada pemohon yang layak boleh membuat tebusan rebat subsidi melalui pembelian epnjual yang disenaraikan di laman sesawang dengan harga rebat.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan subsidi ini, sila layari laman rasmi Institut Penyelidikan Keselamatan Jalanraya Malaysia (MOT/ MIROS) – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun ini, selain bantuan subsidi Carseat terdapat pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini khususnya bantuan berbentuk kewangan yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button