BANTUANJKMKanak-kanak

Program Bantuan (BKK) 2024 : Kadar Bayaran RM100 – RM1,000

Program Bantuan (BKK) 2024 : Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini diteruskan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Untuk makluman, kadar bayaran BKK pada tahun ini adalah minimum RM100 sehingga maksimum RM1,000 sekeluarga.

PROGRAM BANTUAN (BKK) TAHUN 2024

Pihak kerajaan melalui agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah insentif yang dikenali sebagai Bantuan Kanak-Kanak (BKK). Atas keprihatinan kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program ini bagi sesi tahun 2024.

Bantuan kanak-kanan ini adalah sebuah inisiatif di bawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM. Tujuan program ini diadakan adalah bagi meringankan beban keluarga/ penjaga kepada anak-anak yang kurang berkemampuan.

Dengan adanya insentif tambahan yang diberikan secara bulanan ini dapat membantu keluarga meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkat usia.

KADAR BAYARAN BANTUAN BKK 2024

Pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menetapkan kadar bayaran bantuan kanak-kanak bagi tahun ini adalah serendah minimum RM100 seorang. Bantuan boleh didapatkan sehingga maksimum RM1,000 sebulan bagi satu keluarga.

Kadar bayaran dipecahkan mengikut kategori kelayakan seperti berikut :

  • Kanak-kanak (6 tahun dan kebawah) : RM200 seorang
  • Kanak-kanak (7 tahun hingga 18 tahun) : RM150 seorang
  • Maksimum untuk sebuah keluarga : RM1,000

SYARAT ASAS KELAYAKAN BANTUAN BKK

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas bagi permohonan bantuan khas BKK ini telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negara ini
  • Pendapatan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan
  • Keluarga/ penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun dan kebawah
  • Individu/ remaja yang berumur 18 tahun keatas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN BKK 2024

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini bagi mendapatkan manfaat yang ditawarkan. Panduan lengkap cara mohon telah disediakan, sila layari laman rasmi – eBantuan (BKK)

Perlaksanaan semua bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dibawah Senarai 3 – Jadual kesembilan senarai perundangan.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan tunai bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai inisiatif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button