BANTUANKWSP

Bantuan Tambahan RM500 Untuk Ahli KWSP

Bantuan tambahan RM500 akan diberikan kepada ahli KWSP yang menepati kelayakan, perkara ini telah diumumkan pada sidang Belanjawan 2023. Untuk makluman, pihak kerajaan telah bersetuju untuk memberikan inisiatif khas kepada pencarum KWSP yang berkelayakan sebanyak RM500.

BANTUAN TAMBAHAN RM500

Perdana Menteri dan juga selaku Menteri Kewangan iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa pihak kerajaan bersetuju untuk memberikan caruman tambahan. Kepada pencarum / ahli KWSP yang layak akan menerima caruman tambahan bernilai RM500 dan akan dikreditkan ke dalam akaun 1.

Pemberian insentif caruman tambahan ini akan memberi manfaat kepada kira-kira 2 juta ahli KWSP yang melibatkan peruntukan yang besar. Di bawah disediakan kriteria kelayakan pencarum yang layak menerima bantuan tambahan caruman RM500 ini.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN

Berikut dikongsikan maklumat berkenaan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi pencarum yang layak menerima caruman tambahan RM500 seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Ahli KWSP
  • Berumur 40 sehingga 54 tahun
  • Baki simpanan KWSP tidak lebih daripada RM10,000.

Nota : Kepada ahli yang menepati kelayakan diatas, anda layak untuk menerima caruman tambahan sebanyak RM500 KWSP akaun 1 ini.

PENGELUARAN BANTUAN TAMBAHAN RM500

Untuk pengetahuan umum, ahli / pencarum KWSP yang layak menerima insentif caruman tambahan RM500 ini, anda boleh membuat pengeluaran setelah waktu tempoh matang.

Ini bermakna selepas mencapai umur 55 tahun ahli boleh membuat pengeluaran caruman tambahan ini. Kepada ahli yang terima caruman tambahan ini dan umur masih belum capai 55 tahun, tidak boleh membuat pengeluaran sehingga tempoh matang.

Perlaksanaan inisiatif khas ini dilancarkan adalah bagi membantu pencarum KWSP menambah caruman mereka khususnya mereka yang mempunyai baki simpanan kurang dari RM10,000.

MAKLUMAT LANJUT

Pada bulan April ini, pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyalurkan pelbagai jenis inisiatif berbetuk bantuan kewangan. Bantuan-bantuan berbentuk tunai diberikan kepada rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada bulan ini sempena aidilfitri dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button