BANTUANKerajaan

IBANTUAN 2022 : Bantuan RM 150 Untuk Golongan B40

Tahun 2022 terdapat pelbagai pakej inisiatif khususnya bantuan berbentuk kewangan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat persekutuan mahupun negeri bagi memberikan bantuan kepada yang kurang bernasib baik dan berkelayakan memerlukan bantuan.

Salah satu program bantuan kewangan adalah melalui iBantuan 2022 yang mana menyediakan 2 jenis kategori bantuan sebanyak RM 150 secara one-off iaitu kepada golongan:

  • Bantuan Orang Kurang Upaya (OKU)
  • Bantuan Ibu Tunggal

Cara Mohon iBantuan 2022

Bagi yang berkelayakan dan menepati syarat yang telah ditetapkan, permohonan bantuan ini boleh dibuat secara online di Laman Rasmi iBantuan 2022. Anda boleh telah membuat permohonan di Portal Rasmi iBantuan –DI SINI

Syarat Kelayakan

Untuk sedia maklum, iBantuan mempunyai 2 kategori, syarat kelayakan telah disediakan seperti berikut.

Bantuan Orang Kurang Upaya

  • Golongan OKU yang telah berdaftar dengan JKM
  • Golongan OKU yang bukan kakitangan kerajaan
  • Individu yang berumur 18 tahun dan ke atas
  • Individu yang ingin memohon bukan penerima bantuan bulanan dari pihak JKM atau PERKESO atau MAIDAM
  • Maklumat pemohon harus ada dalam sistem profil rakyat Terengganu (PRT20)
  • Individu / pemohon merupakan rakyat terengganu dan menetap di negeri tersebut
  • Individu yang merupakan pengundi berdaftar di negeri Terengganu
  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di portal rasmi iBantuan

Bantuan Ibu Tunggal 2022

  • Bantuan ini terbuka kepada semua wanita yang berstatus Ibu Tunggal
  • Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM 2,500 dan ke bawah
  • Bagi penerima bantuan i-Fitri automatik tidak layak mohon iBantuan
  • Kakitangan kerajaan dan penjawat awam tidak layak menerima bantuan ini
  • Pemohon merupakan rakyat Terengganu dan menetap di negeri tersebut
  • Pemohon merupakan individu pengundi berdaftar di negeri Terengganu
  • Maklumat pemohon perlu ada dalam sisitem profil rakyat terengganu (PRT20)

Maklumat Lanjut

Untuk anda yang terlepas pandang, selain iBantuan, terdapat lebih banyak program bantuan telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2022 bagi membantu mereka yang memerlukan. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda dapatkan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button