BANTUANBWEJKMWarga Emas

Pemberian Bantuan Bulanan RM500 : Syarat Kelayakan Penerima

Pemberian Bantuan Bulanan RM500 seorang disediakan untuk rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini. Inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini merupakan sebahagian insentif yang ditawarkan pada tahun 2024.

PEMBERIAN BANTUAN BULANAN RM500

Untuk makluman umum, kerajaan menerusi agensi Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah program insentif bulanan. Bantuan Warga Emas atau BWE ini masih terus dilaksanakan bagi sesi tahun 2024.

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bantuan bernilai RM500 sebulan dan pengkreditan akan disalurkan secara automatik setiap bulan. Tujuan utama perlaksanaan program khas ini masih diteruskan adalah bagi meringankan beban untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti.

Bantuan istimewa (BWE) ini adalah sebuah inisiatif kewangan dibawah Belanjawan 2024 yang dikendalikan sepenuhnya oleh pihak JKM. Kepada mereka yang berkeperluan boleh kemukakan permohonan bagi mendapatkan manfaat pada tahun ini.

KELAYAKAN BANTUAN BULANAN RM500

Pihak JKM telah menetapkan beberapa kriteria kelayakan asas yang perli dipatuhi bagi permohonan bantuan BWE RM500 seperti berikut :

  • Dibuka untuk Warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di Malaysia
  • Berumur 60 tahun dan ke atas
  • Golongan warga emas/ orang tua
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK), purata miskin perkapita semasa atau purata miskin isi rumah semasa
  • Pemohon tidak tinggal di mana-mana institusi kendalian pihak JKM atau pusat jagaan harian yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

Nota : Semua perlaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan senarai bersama (Concurrent List) antara pihak kerajaan persekutan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan Perlembangaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 – Jadual ke-9 senarai perundangan.

CARA DAFTAR & MOHON BANTUAN BULANAN (BWE)

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dilakukan pada tahun ini. Panduan lengkap dan borang permohonan boleh dimuat turun, sila layari laman portal rasmi bantuan – BWE (2024)

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button