BANTUANeTunaieWalletKredit

E-Wallet : Pemberian E-Tunai RM100 Percuma Untuk Rakyat

E-Wallet : Pemberian E-Tunai RM100 secara percuma untuk rakyat Malaysia bakal dilaksanakan pada bulan Disember ini. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat.

E-WALLET : PEMBERIAN E-TUNAI RM100

Pada bulan Jun sehingga Ogos lalu, pihak kerajaan telah melancarkan sebuah inisiatif bantuan etunai yang dikenali sebagai ebelia rahmah. Dimana kadar kredit ewallet bernilai RM200 diberikan secara percuma kepada golongan belia dan mahasiswa.

Atas dasar keprihatinan kerajaan telah bersetuju untuk memberikan insentif etunai ini kepada kategori dewasa pula. Pada sidang majlis peluncuran Madani memperkasa rakyat, Perdana Menteri Malaysia telah memaklumkan pemberian bantuan e-tunai RM100 akan diberikan kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas.

Ini merupakan berita baik untuk rakyat Malaysia kerana perlaksanaan bantuan ini akan membabitkan mejoriti penduduk Malaysia. Dengan adanya pemberian ini dapat memberi manfaat kepada rakyat dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.

TARIKH PEMBERIAN E-TUNAI RM100

Baru-baru ini pihak kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa insentif khas ini akan dilaksanakan bermula Disember 2023. Mereka yang berkelayakan boleh tebus dan belanjakan kredit ewallet tersebut dengan kadar nilai RM100.

SYARAT KELAYAKAN TEBUS E-WALLET

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan insentif khas ini seperti berikut :

  1. Berumur 21 tahun dan ke atas
  2. Warganegara Malaysia sahaja
  3. Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  4. Berada dalam kumpulan B40 dan M40

CARA CLAIM KREDIT E-WALLET RM100

Berdasarkan perlaksanaan insentif eBeliaRahmah 2023, kredit e-tunai ini boleh ditebus secara online melalui aplikasi edompet yang terlibat. Seperti Touch N Go ewallet, Bigpay, grabpay, setel, boost dan sebagainya.

Untuk makluman, setiap individu hanya dibenarkan claim sekali sahaja mengikut aplikasi edompet pilihan masing-masing. Segala maklumat terkini berkenaan bantuan istimewa ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat.

MAKLUMAT LANJUT

Selain ewallet, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan yang ditawarkan kerajaan pada tahun ini untuk rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dimohon –¬†SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button