BANTUANBWE

Bantuan BWE RM500 Untuk Rakyat Malaysia

Bantuan BWE RM500 sebulan adalah merupakan inisiatif yang telah diperkenalkan oleh kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Untuk sedia maklum, pihak JKM telah menyediakan pelbagai jenis bantuan berbentuk kewangan untuk setiap lapisan masyarakat yang memerlukan.

BANTUAN KHAS

Salah satu bantuan yang telah disediakan oleh JKM yang boleh dimohon adalah bantuan warga emas (BWE). Insentif khas ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum dan masih diteruskan pada tahun ini.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan khas ini masih disediakan adalah bagi membantu golongan warga emas untuk meneruskan kelangsungan hidup dalam komuniti masyarakat hari ini.

KADAR BANTUAN BWE

Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan bernilai sebanyak RM500 dan akan diberikan setiap bulan pada kadar jumlah yang sama.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bantuan BWE RM500 yang sudah ditetapkan oleh pihak berwajib seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Meperolehi pendapatan bulanan semasa isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) atau purata miskin per kapita semasa
  • Pemohon berumur 60 tahun dan keatas (warga emas)
  • Individu yang bukan tinggal di mana-mana institusi kedalian pihak JKM
  • Atau pusat jagaan harian (kediaman yang menyediakan keperluan kemudahan perkhidmatan secara percuma.

PANDUAN MOHON BANTUAN BWE

Jika anda atau mempunyai kenalan yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan boleh dibuat. Sila layari portal rasmi BWE JKM – DI SINI untuk semak syarat dan muat turun borang permohonan.

Pemohon perlu sediakan dokumen penting yang diperlukan bagi memudahkan proses semakan permohonan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan (IC) pemohon
  • Salinan pasangan suami isteri dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan salinan penyata gaji sekiranya anda mempunyainya
  • Salinan sijil lahir anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sertakan sekali lain-lain dokumen yang berkaitan.

Nota : Setiap permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani ujian siasatan penilaian (means tested) bagi mengesahkan pemohon yang benar-benar berkelayakan untuk mendapatkan insentif khas ini.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan BWE RM500 ini, terdapat pelbagai jenis bantuan tunai yang telah diperkenalkan pada tahun ini seperti STR dan lain-lain lagi. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang layak untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button