BANTUANSARASumbangan Asas Rahmah

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM600 :Diberikan Berperingkat

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 telah mula diberikan secara berperingkat kepada penerima sedia ada STR. Seperti sedia maklum, kerajaan telah bersetuju untuk mengagihkan insentif tambahan ini kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah 2023.

SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)

Untuk makluman, Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini adalah merupakan inisiatif tambahan yang ditawarkan kepada penerima STR yang memerlukan. Inisiatif ini diberikan dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas.

Kadar bantuan yang diberikan adalah berjumlah RM600 dan dibayar secara berperingkat selama 6 bulan berturut-turut. Bantuan ini akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang menepati kelayakan tanpa perlu kemukakan permohonan.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN SARA

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi bantuan khas SARA ini seperti di bawah :

  • Warganegara Malaysia
  • Lulus dan merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kategori isi rumah, warga emas dan bujang
  • Tersenarai dalam kategori miskin tegar melalui data ekasih (Semakan status boleh dilakukan secara online)

JADUAL BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Untuk sedia maklum, jadual bayaran sumbangan asas rahmah telah pun mula diagihkan. Terdapat 2 kaedah bayaran yang dilakukan mengikut negeri seperti berikut :

  • Penerima SARA bagi negeri-negeri di semenanjung akan menerima insentif SARA RM100 bermula Julai 2023 dan akan dikreditkan secara automatik sehingga Disember 2023
  • Penerima SARA bagi negeri Sabah, Sarawak dan Labuan akan terima bantuan ini sekaligus RM600 pada bulan Ogos 2023

Nota : Kepada mereka yang berkelayakan, bantuan ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit yang terpilih seluruh negara. Pembayaran membeli barang keperluan adalah menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA

Setiap penerima STR, anda boleh membuat semakan status sama ada layak atau tidak menerima inisiatif istimewa berjumlah RM600 ini secara online. Untuk semakan, sila layari laman web rasmi MyKASIH SARA – DI SINI

Jika berkelayakan, maklumat anda akan dipaparkan pada skrin semasa semakan status dilakukan di laman tersebut.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun 2023, kerajaan perpaduan telah menawarkan lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila semak senarai insentif yang ada dan layak untuk kalian dapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button