BANTUANBKMFASA 3KerajaanTarikh Pembayaran

Bantuan Keluarga Malaysia : Pembayaran Fasa 3 Sedang Diproses

Terkini, berita baik telah diumumkan berkenaan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia yang kini telah memasuki Fasa ke 3 yang akan disalurkan tidak lama lagi secara berperingkat ke akaun bank penerima.

Bayaran BKM kali ini akan melibatkan semua kategori iaitu isi rumah, bujang serta warga emas. Pada ruangan kali ini telah dikongsikan maklumat berkenaan jadual pembayaran dan semakan kelayakan yang akan diterima oleh semua kategori yang terlibat dalam bayaran BKM Fasa 3.

Semakan Jadual Pembayaran BKM Mengikut Fasa

FASA 1 > Pembayaran Bantuan bermula pada tarikh 28 Mac 2022 secara berperingkat ke akaun bank masing-masing (Selesai)

FASA 2 > Pembayaran bantuan bermula 27 Jun 2022 secara berperingkat ke akaun bank masing-masing (Selesai)

FASA 3 > Pembayaran bantuan bermula pada bulan September 2022 dan dijangkakan akan disalurkan pada penghujung bulan sama seperti fasa 1 dan 2

FASA 4 > Pembayaran akan diberikan pada bulan Disember 2022 secara berperingkat ke akaun bank masing-masing.

Semakan Status Bayaran BKM Fasa 3

Panduan cara semak staatus BKM telah disediakan seperti berikut:

  1. Sila layari Laman Rasmi Bantuan Keluarga Malaysia – DI SINI
  2. Log masuk akaun anda
  3. Sila klik Semakan Status
  4. Pada skrin anda akan dipaparkan kelayakkan status
  5. Klik pada ruangan maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran anda.

Kadar Bayaran BKM Fasa 3

Untuk sedia maklum, pembayaran fasa 2 BKM akan diberikan jumlah bayaran sehingga RM 900 bergantung kategori kelayakan penerima. Namun baru-baru ini pihak kerajaan telah memberitahu kemungkinan akan ada bayaran tunai tambahan seperti yang berlaku di Fasa 2. Segala maklumat terbaru berkenaan akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum.

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat terperinci berkenaan bantuan BKM ini anda boleh layari Portal Rasmi BKM untuk semakan.

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai pakej bantuan sedia ada mahupun baru diperkenalkan pada tahun ini untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan khususnya kepada gologan B40 dan miskin tegar.

Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila le laman utama yang telah disediakan di – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button