BANTUANPerantiSiswa

Pakej Bantuan PerantiSiswa Percuma Untuk Keluaga Malaysia B40

Untuk sedia maklum, terdapat satu program inisiatif bantuan berbentuk peranti telah diperkenalkan oleh Kerajaan bagi membantu golongan keluarga Malaysia B40 terutama kepada pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk memohon pakej Perantisiswa.

Pengenalan Maklumat PerantiSiswa

PerantiSiswa Keluarga  Malaysia adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan yang berbentuk menyediakan peranti secara percuma kepada para mahasiswa IPT untuk golongan yang terdiri daripada keluarga B40 agar dapat menjalankan pengajian dengan lebih cukup dan lancar.

Syarat Kelayakan

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan PerantiSiswa seperti berikut :

  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Pemohon merupakan individu yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat diploma atau melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda
  • Pemohon merupakan golongan B40
  • Pengajian secara sepenuh masa
  • Bukan pelajar akhir tahun 2022

Bantuan Jenis Peranti

  • Android OS 10
  • 4G Lite
  • Saiz Skrin 10.1” Paparan FHD, 1280 x 800
  • Minimum RAM 4GB
  • Minimum storage 64 GB
  • Slot Micro SD 256 GB
  • Storage bateri minimum 4500 MAH
  • Kamera belakang minimum 5 mp
  • Kamera hadapan minimum 2 mp
  • Bluetooth 4.1
  • Pengecas

Tarikh Permohonan

Untuk maklumat umum, tarikh permohonan PerantiSiswa ini telah dibuka pada 15 April 2022. Anda disarankan membuat permohonan segera kerana untuk permohonan perantisiswa Fasa 1 akan ditutup pada 15 Mei 2022.

Panduan Cara Mohon

Jika anda menepati syarat kelayakan, anda boleh membuat permohonan. Permohonan PerantiSiswa ini cukup mudah, anda hanya perlu mengisi maklumat yang diperlukan pada ruangan yang telah disediakan. Sila layari Portal Rasmi PerantiSiswa K KOMM – DI SINI

Selepas selesai membuat permohonan, sebarang keputusan kelulusan akan dibuat melalui e-mel. Kepada pemohon yang berjaya akan mendapat pengesahan melalui e-mel yang menandakan anda berjaya menerima pakej bantuan perantisiswa.

Bila Tarikh Pemberian Bantuan PerantiSiswa ini?

Pemberian bantuan perantisiswa ini, dijangkakan perlaksanaan bermula pada awal bulan Jun 2022. Segala info terbaru akan terus dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan perantiswa ini, anda bole ke laman rasmi yang telah disediakan diatas.

Maklumat Lanjut

Selain dari bantuan perantisiswa ini, terdapat bantuan lain lagi pada tahun 2022. Pihak kerajaan telah perkenalkan pelbagai jenis inisiatif bantuan khususnya berbentuk kewangan untuk keluarga malaysia yang memerlukan pada tahun ini. Jika anda ingin semak senarai bantuan yang ada yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button