AidilfitriBANTUAN

Bonus Khas Sempena Raya Aidilfitri RM 500 Tahun 2022

Untuk makluman umum, hampir menjelang musim perayaan aidilfitri tahun ini, terdapat pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan oleh Pihak kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri mahupun wakil syarikat korporat bagi membantu rakyat yang memerlukan.

Salah satu inisiatif pakej bantuan yang terbaru ialah Bonus Khas Sempena Hari Raya tahun 2022. Di bawah telah disediakan butiran berkenaan bonus hari raya tahun 2022.

Bonus Hari Raya 2022

Menerusi pihak Kerajaan Negeri Sabah bersetuju akan memberikan bonus khas sempena Hari Raya Aidilfitri dan Pesta Keamatan sebanyak RM 500. Pihak kerajaan negeri akan bayar bonus hari raya dan pesta keamatan sebanyak RM 500 seorang.

Senarai Kategori Yang Layak Terima

Kepada penerima yang layak menerima bonus RM 500 ini adalah seperti berikut :

  • Penerima adalah terdiri dari anggota perkhidmatan awam negeri dalam kategori gred n54 dan ke bawah akan menerima bonus RM 500
  • Manakala para pesara akan menerima separuh dari jumlah bonus berkenaan

Untuk sebarang pertanyaan berkenaan bonus khas RM 500 ini boleh hubungi terus di talian khas +6 088 369 000 / 369 981 atau anda boleh rujuk terus ke alamat di bawah :

Bahagian Pengurusan Dan Kewangan,

Jabatan Ketua Menteri,

Tingkat 24, Blok A, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,

Jalan Sulaman, Teluk Likas,

88400 Kota Kinabalu,

Sabah Malaysia.

Maklumat Lanjut

Selain dari Bonus Khas Raya negeri Sabah sebanyak RM 500 ini, terdapat banyak lagi bantuan telah diberikan kepada mereka yang layak di lain-lain negeri khususnya berbentuk bantuan kewangan sempena menjelang musim perayaan tidak lama lagi. Jika anda terlepas pandang dan ingin semak senarai bantuan kewangan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button