BANTUANeWallet

Rasmi : Pemberian E-Wallet RM100 Disalurkan Disember Ini

Rasmi : Pemberian E-Wallet RM100 akan mula disalurkan Disember ini kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh Timbalan Menteri Kewangan 2 iaitu Steven Sim Chee Keong.

RASMI : PEMBERIAN E-WALLET RM100 PERCUMA

Ramai yang tertanya-tanya bilakah bantuan e-wallet ini akan dilaksanakan, kini akhirnya terjawab selepas maklum balas yang daripada Timbalan Menteri kewangan. Oleh kerana banyak inisiatif telah diperkenalkan, kerajaan akan mula lakukan pemberian e-wallet bermula Disember 2023.

Diharapkan rakyat bersabar kerana perlaksanaan bantuan e-wallet ini akan diberikan secara percuma kepada mereka yang berumur atas 21 tahun. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat memberi manfaat kepada mejoriti rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan B40 dan M40.

Inisiatif seperti ini juga telah dilancarkan sebelum ini yang dikenali sebagai eBelia Rahmah pada bulan Ogos lalu. Dimana golongan belia dan mahasiswa sepenuh masa boleh menebus kredit bernilai RM200.

Sim Chee Keong juga memberitahu, bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi sesi tahun 2024 juga akan dinaikkan kadar bantuan. Dalam sidangĀ Belanjawan 2024 jumlah bantuan ditingkatkan daripada RM600 tahun ini kepada RM1,200 tahun hadapan dengan bayaran RM100 setiap bulan selama 12 bulan.

KELAYAKAN PEMBERIAN E-WALLET RM100

Kepada mereka yang terlepas pandang, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bantuan e-wallet khas ini akan diberikan kepada :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Kumpulan B40 & M40
  3. Pendapatan tahunan dibawah RM100,000
  4. Individu berumur 21 tahun dan ke atas (2023)

CARA MUDAH CLAIM E-WALLET RM100

Kepada mereka yang berkelayakan boleh claim bantuan RM100 ini secara one-off. Setiap individu hanya perlu log masuk akaun melalui aplikasi e-dompet yang ingin ditebus seperti Touch N Go ewallet, Boost, Setel, Grabpay dan sebagainya.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenal dan ditawarkan oleh kerajaan perpaduan bagi membantu meringankan beban kewangan rakyat. Kepada mereka yang memerlukan dan terjejas, sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button