BANTUANeTunaiKredit

Pemberian Kredit eTunai RM100 : Dilaksanakan Tidak Lama Lagi

Pemberian Kredit eTunai RM100 akan dilaksanakan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Seperti sedia maklum, inisiatif istimewa ini merupakan salah satu bantuan yang dilancarkan pada tahun ini.

PEMBERIAN KREDIT ETUNAI RM100

Untuk pengetahuan umum, pihak kerajaan perpaduan telah bersetuju untuk memberikan bantuan kredit etunai kepada kategori dewasa pula. Sebelum ini bantuan seperti ini (etunai) telahpun dilaksanakan kepada golongan belia mahasiswa berjumlah RM200.

Pada majlis peluncuran madani : memperkasa rakyat, Perdana Menteri telah memperkenalkan satu lagi inisiatif berbentuk bantuan etunai. Apa yang menarik adalah insentif ini akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berumur 21 tahun keatas.

Mereka yang pendapatan RM100,000 kebawah layak mendapatkan manfaat dari pemberian khas ini. Jumlah bantuan yang disediakan adalah kredit RM100 boleh dituntut secara one-off.

TARIKH PEMBERIAN KREDIT ETUNAI RM100

Kerajaan perpaduan telah memaklumkan bahawa bantuan khas etunai RM100 ini akan mula dilancarkan pada suku keempat tahun ini. Ini bermakna boleh jadi akan diberikan pada penghujung bulan ini, November atau Disember nanti.

Mengikut keadaaan semasa, bantuan etunai ini berkemungkinan akan mula dilaksanakan pada bulan hadapan. Segala maklumat terkini berkenaan etunai akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan masyarakat.

SYARAT KELAYAKAN TEBUS KREDIT ETUNAI

Pihak kerajaan telah memaklumkan beberapa kriteria syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi mendapatkan kredit etunai RM100 ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 21 tahun dan keatas (Tahun 2023)
  3. Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  4. Kumpulan B40 dan M40

CARA TEBUS KREDIT ETUNAI

Dijangkakan kaedah penebusan kredit etunai ini akan dilakukan sama seperti eBeliaRahmah 2023. Dimana setiap individu yang berkelayakan boleh tebus melalui aplikasi edompet yang terlibat seperti Touch N Go ewallet, Grab pay, Setel, Boost dan berkaitan.

Segala maklumat terbaru berkaitan kredit etunai untuk dewasa ini akan dimaklumkan sepantas yang mungkin bagi memberi rujukan kepada umum.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button