BANTUANSTRSTR Tambahan

Bantuan Tambahan RM600 Untuk 1 Keluarga

Bantuan tambahan RM600 melalui program pemberian sumbangan tunai rahmah ditawarkan kepada golongan isi rumah (keluarga). Untuk makluman, pihak kerajaan telah memaklumkan bahawa bantuan tambahan akan diberikan kepada 1 keluarga yang berkelayakan.

BANTUAN TAMBAHAN RM600

Untuk sedia maklum, inisiatif tambahan berjumlah RM600 ini akan diberikan kepada golongan keluarga miskin yang terdiri daripada penerima STR sedia ada. Pembayaran akan dberikan dalam bentuk bantuan bakul dan makanan asas.

Bantuan tambahan ini akan dibekalkan selama 6 bulan kepada penerima STR yang layak mendapatkannya. Senarai penerima yang layak adalah terdiri daripada keluarga miskin, semakan boleh dilakukan melalui portal e-kasih.

JADUAL BAYARAN MENGIKUT FASA

Seperti sedia maklum, pemberian bantuan tunai STR fasa 1 dan 2 telah selesai diagihkan pada bulan Januari dan April 2023. Kini berbaki 2 lagi pembayaran akan disalurkan iaitu pada bulan Julai (fasa 3) dan November (fasa4), bayaran akan diberikan secara berperingkat sama semperti sebelum ini.

KADAR BAYARAN FASA BERIKUTNYA

Bayaran seterusnya dijadualkan akan dibayar pada bulan Julai 2023, kadar bayaran adalah berbeza mengikut kategori kelayakan masing-masing. Berikut dikongsikan maklumat berkenaan jumlah bayaran STR fasa 3 yang akan diberikan seperti di bawah :

KATEGORI BUJANG (21 HINGGA 59 TAHUN)

  • Jumlah bayaran fasa 3 adalah sebanyak RM150

WARGA EMAS (SEBATANG KARA)

  • Jumlah bayaran fasa 3 sebanyak RM200

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 DAN KEBAWAH)

  • RM300 : Tiada anak
  • RM400 : Mempunyai 1-2 orang anak
  • RM600 : Mempunyai 3-4 orang anak
  • RM800 : Mempunyai 5 atau lebih orang anak

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada bayaran : Tiada anak
  • RM150 : Mempunyai 1-2 orang anak
  • RM200 : Mempunyai 3-4 orang anak
  • RM250 : Mempunyai 5 atau lebih orang anak

BANTUAN TAMBAHAN UNTUK KATEGORI ISI RUMAH

  • Bantuan tambahan RM600 diberikan kepada kategori isi rumah yang berstatus miskin tegar melalui data e-kasih.

SEMAKAN STATUS BANTUAN TUNAI STR

Kepada penerima sedia ada dan pendaftaran permohonan baru akan menerima bayaran STR pada fasa berikutnya dijadualkan Julai ini. Sila semak status bayaran akaun anda di laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan telah menawarkan pelbagai jenis insentif berbentuk bantuan kewangan kepada  rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan dan memerlukan. Sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk dimohon –SEMAK DISINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button