BANTUANBeliaPERKESO

Bantuan Kewangan Sebanyak RM 800 Bermula Februari 2022

Pada tahun 2022, Pihak Kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu golongan yang berpendapan rendah dan yang hilang sumber pendapatan.

Untuk makluman jika anda terlepas pandang, baru-baru ini Program SIP GIG PERKESO telah membuka permohonan pada tarikh 17 Januari 2022 kepada seluruh rakyak Malaysia.

Program Bantuan Kewangan SIP GIG PERKESO bertujuan mensasarkan  kepada golongan individu yang diberikan notis tanpa gaji, diberhentikan pekerjaan, penganggur yang melebihi 2 bulan (60 hari), individu yang sedang mencari kerja dari golongan yang terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan yang terlibat dalam sektor pekerjaan yang tidak terikat gengan masa kerjamenggunakan Platform Digital pendaftaran di bawah PERKESO.

Jika anda ingin membuat sebarang permohonan Bantuan kewangan SIP GIG ini, Di bawah telah disediakan maklumat lengkap berkenaan dengan bantuan ini.

SIP GIG PERKESO 2022

Program Insentif Kewangan ini adalah merupakan salah satu bantuan kewangan dengan nilai jumlah kadar bayaran sebanyak RM 600 hingga RM 800 sebulan bagi tempoh maksimum selama 6 bulan pembayaran. Bantuan ini telah diumumkan pada sidang Bajet 2022.

Tujuan Program SIP GIG

  • Membantu dengan cara memberi peluang kepada individu yang tidak bekerja dan yang sedang menganggur dengan cara melaksanakan pekerjaan yang disediakan dalam jangka masa yang pendek
  • Membantu menggalakan golongan individu yang tiada pekerjaan dan para pencari kerja untuk mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal dan kerjaya ekonomi gig melalui sistem platform digital yang telah disediakan
Kelayakan Pemohon
  • Golongan graduan atau individu yang sedang menganggur lebih dari 2 bulan (60 hari)
  • Berstatus warganegara Malaysia
  • Menepati syarat had umur – 18 hingga 60 tahun pada tahun 2022
  • Individu yang sedang mencari kerja dari golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain-lain yang berkaitan
  • Individu yang telah diberhentikan notis cuti tanpa gaji – sekurang-kurangnya sebulan
  • Individu yang diberhentikan kerja
  • Individu suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan
  • Semua calon pekerja untuk program SIP GIG ini harus membuat pendaftaran yang telah dibuka pada 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan pihak PERKESO
Tarikh Permohonan SIP GIG

Untuk makluman anda, tarikh permohonan SIP GIG PERKESO telah dibuka pada 17 Januari 2022 yang lalu dan sebarang permohonan boleh dibuat sehingga tarikh tutup pada 30 Jun 2022. 

Panduan Cara Membuat Permohonan

Panduan untuk anda membuat permohonan SIP GIG PERKESO adalah seperti di bawah :

  1. Untuk membuat permohonan anda harus muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di apps store telefon pintar anda atau layari Portal rasmi PERKESO di –  SINI
  2. Anda perlu melayari laman rasmi platform digital yang berdaftar melalui PERKESO sahaja
  3. Kemudian sila buat permohonan di aplikasi PERKESO Prihatin atau Portal rasmi PERKESO yang telah disediakan diatas
  4. Sekiranya permohonan anda diluluskan , log masuk aktiviti dan perlu dimuat naik setiap bulan bagi tujuan menerima bantuan ini

Dokumen Sokongan SIP GIG 

di bawah telah disediakan dokumen sokongan yang perlu anda sediakan semasa permohonan

Bantuan Tahun 2022

Jika anda terlepas pandang, pada tahun ini (2022) terdapat banyak bantuan yang telah dilancarkan pihak kerajaan bantu membantu meringankan beban rakyat khususnya bantuan berbentuk kewangan. Anda bole semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 sesuai dengan kelayakan untuk anda memohon. Telah disediakan Laman Utama untuk anda layari – DI SINI

Maklumat Lanjut SIP GIG 

Kepada anda yang mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan SIP GIG PERKESO boleh terus hubungi talian perkhidmatan khas PERKESO seperti di bawah

no telefon : 03 8091 5300 atau 1 300 22 8000

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button