BANTUANLesen MemanduMyLesen

Program Bantuan Lesen Memandu Percuma Tahun 2024

Program Bantuan Lesen Memandu percuma akan terus dilaksanakan pada tahun 2024 bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini adalah sebahagian bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun ini.

PROGRAM BANTUAN LESEN MEMANDU

Pelbagai inisiatif berbentuk bantuan telah diperkenalkan pada tahun ini oleh kerajaan bagi memberi manfaat kepada rakyat terutama yang memerlukan. Salah satu inisiatif yang telah dilancarkan pada tahun ini adalah program bantuan MyLesen B2.

Apa yang lebih menarik adalah pihak kerajaan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program khas ini bagi sesi tahun 2024. Atas keprihatinan kerajaan membantu golongan yang kurang mampu, program ini akan disediakan percuma pada tahun hadapan.

Melalui program MyLesen ini, lesen motorsikal kelas B2, teksi dan e-hailing, bayaran ujian memandu akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan perpaduan. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan sekitar 40,000 peserta yang menyertai akan menikmati manfaat yang ditawarkan secara percuma.

Dengan adanya inisiatif seperti ini dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan bagi mendapatkan lesen memandu percuma.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN LESEN MEMANDU

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan bagi menyertai program MyLesen b2 ini seperti berikut :

  • Berumur 16 tahun dan keatas
  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Sihat dari segi fizikal dan mental
  • Belum pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • Bebas daripada senarai hitam PDRM, JPJ dan mahkamah
  • Penerima bantuan seperti (eKasih/ zakat/ JAKOA/ JKM/ Baitulmal/ LHDN)
  • Individu/ tanggungan kepada penerima bantuan juga layak untuk memohon

SEMAKAN PERMOHONAN BANTUAN LESEN MEMANDU

Kepada yang berkelayakan memerlukan dan belum mempunyai lesen memandu kelas B2, anda boleh membuat semakan penuh program khas ini. Untuk semak, sila layari laman rasmi MyLesen B2 – DI SINI

Sekiranya mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan program MyLesen B2 ini, anda boleh hubungi talian khas Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia di 603-8892 8714. Atau hantar emel ke alamat [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban kewangan rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai insentif yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button