BANTUANGeran PelancaranJKM

GP : Bantuan Tunai RM2700 Diberikan Secara Sekaligus (2024)

GP : Bantuan Tunai RM2700 diberikan secara sekaligus (one-off) kepada pemohon yang berkelayakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif istimewa ini merupakan sebahagian bantuan yang dilaksanakan pada tahun 2024.

PROGRAM GP : BANTUAN TUNAI RM2700

Tahukah kalian, pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat telah memperkenalkan sebuah inisiatif yang dikenali sebagai program bantuan Geran Pelancaran. Pemberian insentif one-off ini diperkenalkan adalah bagi membantu meringankan beban rakyat.

Objektif utama perlaksanaan program khas ini adalah bertujuan memperkasa hal ekonomi kumpulan sasar JKM yang lebih produktif. Dengan adanya insentif tambahan ini dapat memberi peluang kepada mereka yang mempunyai minat, kemahiran dan potensi bagi menjana pendapatan secara individu atau keluarga.

KELAYAKAN ASAS BANTUAN TUNAI GP RM2700

Berikut adalah beberapa kriteria syarat kelayakan asas yang telah ditetapkan oleh JKM bagi menyertai program bantuan khas (GP) ini seperti di bawah :

  • Terbuka kepada pemohon berstatus warganegara Malaysia sahaja
  • Bermastautin di negera Malaysia
  • Kumpulan sasar JKM
  • Pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi (PGK) Pendapatan garis kemiskinan, purata miskin isi rumah semasa atau purata miskin perkapita semasa
  • Golongan kurang berkemampuan layak dipertimbangankan.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN BANTUAN TUNAI GP

Kepada mereka yang berkelayakan dan memerlukan, permohonan bagi mendapatkan manfaat daripada program bantuan GP ini boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap telah disediakan, sila layari laman rasmi bantuan tunai – GP (JKM)

Pengendalian permohonan semua bantuan kewangan dilakukan di peringkat pejabat kebajikan masyarakat daerah/ jajahan/ bahagian di setiap negeri. Semua permohonan yang telah didaftarkan akan menjalani siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon benar-benar layak.

Bagi memudahkan urusan semakan permohonan, setiap pemohon perlu sediakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan. Untuk ketahui lebih terperinci atau sebarang pertanyaan boleh rujuk di laman utama JKM.

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan perpaduan telah menyediakan lebih banyak jenis kemudahan dan insentif berbentuk bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk ketahui info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button