BANTUANFasa 4STR

Bantuan Tunai Fasa Ke-4 : Kategori Tidak Layak Terima Bayaran

Bantuan tunai fasa ke-4 Sumbangan Tunai Rahmah akan dikreditkan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang layak. Untuk sedia maklum, pembayaran fasa terakhir akan melibatkan 2 kategori utama sahaja.

BANTUAN TUNAI FASA KE-4

Pemberian bantuan tunai fasa ke-4 STR dijadualkan akan mula dibayar pada awal bulan November 2023 secara berperingkat. Apa yang menarik adalah pada fasa akhir nanti akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas.

Kadar yang diberikan adalah berjumlah RM200 sehingga RM1,200. Jumlah bayaran adalah tertakluk pada kategori kelayakan penerima dan jumlah bilangan tanggungan anak.

KATEGORI TIDAK LAYAK TERIMA BAYARAN

Untuk makluman, terdapat 3 kategori yang tidak akan terlibat bagi menerima insentif bantuan tunai fasa-4 STR seperti berikut :

  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM5,000) tiada anak : RM0
  • Kategori isi rumah (Pendapatan RM5,000) mempunyai 1-2 anak : RM0
  • Bujang (tiada pasangan) : RM0

Info : Kategori diatas tidak akan menerima sebarang bayaran bagi STR fasa keempat nanti.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI LAYAK

Di bawah disediakan maklumat lengkap berkenaan jumlah bayaran yang akan diterima pada pembayaran bantuan tunai fasa-4 STR seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM2,500 SEBULAN)

  • Tiada tanggungan anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak 1-2 orang : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang : RM900
  • Mempunyai anak 5 dan lebih : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN DI BAWAH RM5,000 SEBULAN)

  • Mempunyai tanggungan anak 3-4 orang : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak 5 dan lebih : RM500

KATEGORI WARGA EMAS (60 TAHUN DAN KE ATAS)

  • RM200 seorang

SEMAKAN STATUS BAYARAN

Kepada penerima sedia ada boleh membuat semakan status kemaskini dan penerima berstatus ”Tidak Lulus” boleh membuat rayuan. Bermula 3 sehingga 31 Julai pengemaskinian dibuka, sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan tunai STR, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif berbentuk kewangan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini. Tujuan utama perlaksanaan pelbagai bantuan adalah bagi membantu rakyat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada mereka yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button