BANTUANPPRTRUMAH

Pendaftaran Percuma Rumah PPRT Sesi Tahun 2022

Untuk sedia maklum, terdapat pelbagai inisiatif telah disediakan oleh kerajaan pada tahun 2022. Tujuan utama dengan adanya pelbagai program bantuan ini diadakan bagi membantu rakyat yang kurang bernasib baik dan memerlukan bagi meringankan beban mereka. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon khususnya bantuan berbentuk tunai, sila ke laman utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

Jika anda terlepas pandang, program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) telah diperkenalkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada tahun sebelum dan masih dilaksanakan pada tahun ini bagi membantu mereka yang memerlukan untuk mendapatkan rumah mampu milik. Program PPRT ini mensasarkan kepada golongan kurang berkemampuan untuk memiliki rumah sendiri atau membaik pulih rumah sedia ada untuk diduduki.

Jenis Rumah 

Melalui Program PPRT ini terdapat 2 kategori yang telah disediakan seperti berikut :

  1. Bina Baru – Program bantuan untuk bina rumah baru akan disalurkan kepada golongan / individu yang tidak mempunyai rumah sendiri atau rumah sewa yang didiami semasa terlalu usang dan tidak selamat untuk diduduki dalam tempoh masa yang lama.
  2. Baik Pulih – Program bantuan baik pulih ini melibatkan 3 elemen penting iaitu penyelenggaraan, penambah baikan dan requisition. Bantuan ini akan diberikan kepada golongan yang mempunyai rumah sendiri yang usang atau mempunyai kerosakkan disebabkan oleh bencana dan masih boleh diperbaiki. Individu tersebut perlu mendapatkan surat kebenaran untuk kes menumpang tapak tanah dari pemilik tanah.

Syarat Kelayakan Permohonan PPRT

Untuk maklumat syarat kelayakkan Program Rumah PPRT ini adalah diberikan keutamaan kepada gologan seperti berikut :

  • Terbuka kepada Ibu bapa tunggal yang mempunyai tanggungan keluarga
  • Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Golongan Warga emas
  • Merupakan mangsa bencana yang berskala kecil
  • Golongan berpendapatan rendah (Miskin)
  • Perlaksanaan Program ini diberikan keutamaan kepada negeri dan daerah yang mempunyai kadar kemiskinan yang tinggi (Kebanyakan di kawasan Luar bandar)

Pendaftaran Percuma Permohonan PPRT Sesi 2022 – Online

  1. Sila layari laman sesawang rasmi eSPKR – DI SINI
  2. Seteruskan sila klik pada butang ‘Program Perumahan Rakyat Termiskin’
  3. Kemudian pemohon perlu lengkapkan maklumat yang diperlukan pada ruangan sehingga selesai
  4. Setelah mengisi maklumat, sila semak sebelum klik ‘Hartar Permohonan’

Nota : Untuk bagi sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci, anda boleh layari portal rasmi diatas atau hubungi talian khas seperti berikut :

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button