BANTUANJKM

Senarai Bantuan Kewangan Bulanan Untuk Rakyat

Senarai bantuan kewangan bulanan yang boleh dimohon oleh rakyat terutama golongan yang berkelayakan memerlukan. Untuk sedia maklum, pihak kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai inisiatif bantuan yang diberikan secara setiap bulan.

SENARAI BANTUAN KEWANGAN BULANAN JKM

Pihak JKM adalah merupakan agensi kerajaan yang mengendalikan sepenuhnya skim bantuan kebajikan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Golongan yang boleh memohon terdiri daripada pelbagai kategori kelayakan seperti kanak-kanak, warga emas serta isi rumah.

Kadar bayaran bantuan kewangan JKM adalah dari RM100 sehingga RM1,000, jumlah bergantung kepada kategori bantuan. Di bawah dikongsikan senarai bantuan kewangan bulanan yang disediakan oleh pihak JKM yang boleh dimohon sekiranya berkelayakan.

BANTUAN KANAK-KANAK 

Program pemberian bantuan kanak-kanak (BKK) adalah merupakan sebuah insetif khas bagi membantu golongan penjaga (keluarga) kepada kanak-kanak. Dengan adanya bantuan ini dapat meringankan beban dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan tumbesaran dan perkembangan anak.

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah minimum RM150 seorang sehingga maksimum RM1,000 untuk satu keluarga (sebulan) mengikut pecahan seperti di bawah :

  • Anak berumur 6 tahun dan ke bawah : RM200 seorang
  • Anak berumur 7 hingga 18 tahun : RM150 seorang
  • Maksimum RM1,000 sebulan untuk 1 keluarga.

BANTUAN WARGA EMAS

Bantuan warga emas atau lebih dikenali sebagai BWE ini adalah merupakan inisiatif istimewa khusus untuk golongan veteran (warga emas). Kadar bantuan yang ditawarkan adalah berjumlah RM500 sebulan.

BANTUAN AM PERSEKUTUAN / NEGERI

Pemberian bantuan Am Persekutuan adalah sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang ditawarkan kepada golongan memerlukan. Kadar bayaran adalah sebanyak RM100 sehingga RM350 sebulan.

Bagi penduduk negeri lain, kadar bantuan am berdasarkan jumlah yang telah ditetapkan mengikut kerajaan negeri masing-masing.

PANDUAN PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN

Bagi mereka yang kurang bernasib baik dalam kewangan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan lengkap permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Untuk tarikh pembayaran bantuan JKM, pengagihan akan dijalankan secara berperingkat setiap bulan pada tarikh 1 – 10 haribulan.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini kerajaan telah melancarkan pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan kewangan untuk membantu rakyat yang terjejas. Sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun 2023 dan berkelayakan untuk didapatkan – KLIK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button