BANTUANBAP

Bantuan BAP Mula Dibayar : Sediakan Dokumen Penting Yang Diperlukan

Bantuan BAP mula dibayar di seluruh negara secara berperingkat. Untuk sedia maklum, Bantuan awal persekolahan ini telah mula disalurkan pada 12 Januari 2023 secara berperingkat mengikut kawasan dan umur pelajar.

Pada halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan tarikh bayaran dan dokumen penting yang perlu disediakan oleh para ibu bapa atau penjaga bagi mendapatkan inisiatif khas ini.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2023

Untuk sedia maklum, program pemberian bantuan awal persekolahan (BAP) ini adalah merupakan insentif tunai yang diberikan kepada murid pada tahun 2023. Bantuan ini bagi membantu meringankan pembelanjaan barangan persediaan awal sekolah anak masing-masing.

Pemberian bantuan ini diberikan kepada para murid berdasarkan kriteria seperti berikut :

  • Murid merupakan Warganegara Malaysia
  • Murid tahun 1 hingga tingkatan menengah 5 atau setaraf dengannya
  • Pelajar yang bersekolah di sekolah kerajaan
  • Pelajar yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan
  • Pelajar yang bersekolah di sekolah agama
  • Pelajar sekolah bimbingan jalinan kasih
  • Pelajar yang bersekolah di sekolah swasta persendirian yang berdaftar dengan kerajaan
  • Pelajar sekolah integriti.

Syarat kelayakan pemberian bayaran bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 ini tanpa melihat had pendapatan keluarga. Ini bermakna akan lebih ramai pelajar yang akan menerima manfaat daripada bantuan khas ini.

JADUAL BAYARAN BAP TAHUN 2023

Untuk makluman, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran Bantuan BAP mula dibayar sebanyak RM150 pada tarikh 12 Januari 2023 secara berperingkat. Berikut adalah jadual bayaran seperti dibawah :

  • Bayaran BAP untuk pelajar tahun 1 dan tahun 4 bermula 16 Januari 2023
  • Bayaran BAP untuk pelajar tahun 2 dan 5 bermula 17 Januari 2023
  • Bayaran BAP untuk pelajar tahun 3 dan 6 bermula 18 Januari 2023.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Bagi makluman, menerusi laporan Sinar Bestari mempunyai beberapa panduan kepada penjaga sebelum mendapatkan bantuan khas ini di sekolah anak masing-masing. Sila sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut :

  • Salinan kad pengenalan murid (sijil lahir)
  • Salinan kad pengenalan penjaga / ibu bapa
  • Jika wakil sila bawah dokumen penting diatas (Jika tiada sebarang dokumen diperlukan, bayaran bantuan tidak diberi).

Dokumen ini diperlukan bagi memastikan pelajar yang benar-benar layak untuk menerima insentif sebanyak RM150 ini.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan BAP ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun 2023. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda dapatkan di laman utama – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button