BANTUANTEKUN

Skim Bantuan Tekun Mobilepreneur 4.0 : Sehingga RM10,000

Skim Bantuan Tekun Mobilepreneur 4.0 kini dibuka kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dengan pembiayaan modal sehingga RM10,000. Untuk pengetahuan umum, inisiatif khas ini merupakan salah satu skim bantuan yang disediakan oleh Tekun Nasional pada tahun ini.

SKIM BANTUAN TEKUN MOBILEPRENEUR 4.0

Pihak kerajaan menerusi agensi TEKUN telah memperkenalkan sebuah program skim pembiayaan yang dikenali sebagai Tekun Mobilepreneur 4.0. Inisiatif ini merupakan kemudahan dibawah Belanjawan 2024 bagi memberi manfaat kepada rakyat Malaysia.

TEKUN Nasional dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan mengendalikan sepenuhnya program khas ini. Bantuan pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah merupakan kesinambungan kepada program terdahulu iaitu Tekun Mobilepreneur edisi 1.0, 2.0 DAN 3.0.

Program istimewa ini masih telah dilaksanakan adalah bagi membantu meringankan beban dan khusus untuk usahawan perkidmatan penghantaran. Skim ini ditawarkan kepada golongan yang kurang berkemampuan untuk tujuan seperti berikut :

  • Pembelian motorsikal
  • Modal pusingan
  • Baik pulih motorsikal sedia ada

KADAR BANTUAN SKIM TEKUN MOBILEPRENEUR

Untuk makluman, kadar bantuan pembiayaan melalui skim tekun mobilepreneur 4.0 ini telah ditetapkan seperti di bawah :

  • Baik pulih motorsikal sedia ada : RM1,000 sehingga RM5,000
  • Modal pusingan : RM1,000 sehingga RM5,000
  • Pembelian motorsikal baharu : RM1,000 sehingga RM10,000

Tempoh bayaran balik adalah sehingga 3 tahun bersamaan 36 bulan dan kadar keuntungan adalah 4% setahun. Manakala simpanan adalah 5% daripada nilai pembiayaan setiap tahun.

KELAYAKAN MOHON SKIM BANTUAN TEKUN

Kriteria syarat kelayakan telah ditetapkan oleh pihak berwajib bagi mendapatkan manfaat yang disediakan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan bumiputera sahaja
  • Berumur 18 sehingga 65 tahun (Tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun)
  • Individu/ pemohon bukan seorang muflis

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN TEKUN

Kepada mereka yang berkelayakan dan berkeperluan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan lengkap cara mohon dan butiran penuh maklumat telah disediakan, sila layari laman rasmi – TEKUN MOBILEPRENEUR

Untuk info lengkap berkenaan program skim pembiayaan ini, anda boleh rujuk di laman utama tekun diatas. Sebarang pertanyaan kalian boleh hubungi talian khas Tekun Nosional di – 03 9059 8888.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button