Uncategorized

Bantuan MyKasih (Barang Dapur) RM 300

Bantuan MyKasih (Barang Dapur) adalah merupakan insiatif bantuan yang diperkenalkan oleh pihak kerajaan. Ini adalah sebuah program Prihatin Kasih yang diberikan kepada mereka yang memerlukan. Bantuan adalah secara cashless yang menggunakan Mykad bagi membeli barang keperluan harian.

PROGRAM PRIHATIN KASIH

Untuk makluman, pihak kerajaan telah memperuntukkan sebanyak hampir 100 juta bagi danan Bantuan Mykasih ini yang disalurkan kepada kira-kira 300,000 golongan isi rumah berpendapatan rendah dan miskin tegar di seluruh negara pada tahun ini.

Bagi pemohon yang layak akan menerima bantuan ini sebanyak RM 100 selama 3 bulan dengan jumlah keseluruhan RM 300. Bantuan tersebut akan diberikan secara kredit terus ke akaun Mykad. Nilai tersebut boleh digunakan untuk membeli barang keperluan harian secara cashless.

Bagi pengetahuan, program bantuan Mykasih ini telah diperkenalkan pada tahun sebelum ini. Inisiatif ini masih diteruskan pada tahun ini bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik dari segi kewangan.

KAEDAH BANTUAN

Kepada yang layak menerima, anda boleh gunakan bantuan ini di pasaraya terpilih seluruh negara. Seperti Giant, Mydin, Econsave, 99 Speedmart,The Store, Tesco (Kini Lotus), dan pasar raya / pasar mini bebas terpilih.

Penerima bantuan Mykasih boleh membeli barang dapur runcit asas daripada senarai kategori produk yang diluluskan seperti berikut:

  • Beras
  • Tepung
  • Minyak masak
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Telur
  • Perasa makanan
  • Mi dan bihun.

PANDUAN DAFTAR PERMOHONAN

Untuk makluman, penerima bantuan Mykasih ini akan dikenal pasti melalui senarai nama yang telah didaftarkan dalam pengkalan data e-kasih kerajaan. Jika anda ingin mendapatkan bantuan barang dapur RM 300 ini, sila rujuk di portal rasmi JKM – DI SINI

Sekiranya anda ingin kemukakan sebarang pertanyaan atau permasalahan daftar, sila hantar e-mel di [email protected] atau hubungi talian Hotline MyKasih di 03-7720 1800.

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan Mykasih ini, terdapat pelbagai lagi jenis bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan dan yayasan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda dapatkan boleh di laman utama – KLIK DI SINI untuk rujukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button