BANTUANLesen MemanduMyLesen

Program Bantuan MyLesen 2024 : Kini Telah Dibuka

Program Bantuan MyLesen 2024 : Pendaftaran kini telah dibuka bagi rakyat Malaysia bagi mendapatkan lesen memandu percuma. Untuk sedia maklum, inisiatif khas ini telah diperkenalkan pada tahun lepas dan masih terus dilancarkan pada tahun 2024.

PROGRAM BANTUAN MYLESEN 2024

Pihak kerajaan melalui Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) serta Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan program MyLesen tahun ini. Program ini akan ditanggungan sepenuhnya oleh kerajaan dengan tertakluk kepada syarat yang telah ditetapkan.

Bantuan khas berbentuk lesen memandu ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berada dalam golongan sasar dan B40. Dengan adanya inisiatif program seperti ini dapat membantu menaiktaraf kehidupan dengan membuka peluang bagi menjana pendapatan.

Perlaksanaan MyLesen B2 pada tahun ini hanya dibuka terhad kepada 35,000 penyertaan sahaja. Tarikh tutup akan dimaklumkan sekiranya kuota telah dipenuhi, kepada mereka yang memerlukan disarankan kemukakan permohonan pada kadar segera.

KRITERIA KELAYAKAN BANTUAN MYLESEN 2024

Kriteria syarat kelayakan menyertai program khas MyLesen ini telah ditetapkan seperti dibawah :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  • Sihat dari segi fizikal (Tubuh badan) dan mental
  • Berumur 16 tahun dan keatas
  • Bebas daripada senarai hitam JPJ, PDRM dan mahkamah
  • Masih belum pernah memiliki sebarang lesen memandu
  • Penerima bantuan dibawah kerajaan seperti eKasih/ zakat/ JAKOA/ JKM/ Baitulmal/ LHDN)
  • Penerima bantuan dan tanggungan layak untuk memohon.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN

Kepada mereka yang belum mempunyai lesen memandu kelas B2, permohonan menyertai program mylesen ini boleh dikemukakan sebelum kuota penuh. Panduan cara mohon dan borang permohonan boleh dimuat turun di pautan rasmi – MyLesen 2024

Bagi sedia maklum, program ini hanya dibuka bagi kuota 35,000 penyertaan sahaja. Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih terperinci, sila hubungi talian khas di 03-8892 8714/ 8693 atau alamat e-mel di [email protected].

MAKLUMAT LANJUT

Bukan ini sahaja, terdapat lebih banyak jenis kemudahan serta insentif khususnya berbentuk bantuan telah diperkenalkan oleh kerajaan perpaduan pada tahun ini. Perkara ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat terutama golongan terjejas.

Kepada mereka yang terlepas pandang, anda boleh lihat senarai insentif bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button