BANTUANPR1MARUMAH

Skim Perumahan Mampu Milik PR1MA Untuk Warga Malaysia

Pada tahun ini untuk sedia maklum, pihak Kerajaan telah memperkenalkan sebuah program Perumahan Rakyat 1 Malaysia atau lebih sinonim dikenali sebagai PR1MA. Menerusi program ini, pihak berwajib telah menyediakan rumah dengan harga mampu milik sekaligus dapat meningkatkan kualiti tinggi rumah untuk diberikan kepada golongan yang berpendapatan bulanan sederhana dan rendah bagi memiliki rumah pada tahun 2022.

Program PR1MA

Objektif utama program perumahan ini diwujudkan adalah bagi membangunkan kediaman yang mampu milik dan selesa untuk didiami, berkualiti tinggi serta moden. Di bawah telah disediakan maklumat berkenaan panduan permohonan rumah PR1MA bagi tahun ini.

Syarat Kelayakan

Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan rumah PR1MA seperti berikut :

  • Individu / pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia
  • Pemohon dan pasangan tidak boleh mempunyai lebih dari satu rumah sendiri
  • Individu / pemohon wajib berumur 21 tahun dan keatas semasa permohonan
  • Pemohon atau pasangan yang mempunyai pendapatan semasa bulanan sebanyak RM 2,000 hingga RM 15,000 sebulan.

Langkah Dan Cara Membuat Permohonan

Pendaftaran

  • Kepada pemohon baru, sila layari Portal Rasmi PR1MA – DI SINI , Anda perlu pastikan pendaftaran anda lengkap dan akan terima nombor rujukan PR1MA. Nombor rujukan tersebut anda perlu simpan untuk tujuan rujukan dan semakan pada pada akan datang.

Permohonan

  • Sekiranya anda sudah selesai membuat pendaftaran, sila log masuk. Anda perlu teruskan permohonan di aplikasi PR1MA Homes kerana kemasukan untuk mengundi bukan secara automatik.

Pelancaran Projek Pembangunan Baru

  • Pemohon secara automatik akan diberikan maklumat bagi perlaksanaan pembangunan PR1MA yang terbaru serta lokasi pilihan anda.

Undian

  • Untuk proses undian, ia dilakukan secara terbuka yang akan dibuat oleh pemohon yang menepati syarat kelayakan seperti yang telah ditetapkan

Pemilihan Unit Kediaman

  • Bagi yang layak, anda akan dijemput untuk sesi pemilihan unit rumah yang tersedia, anda perlu pastikan menyedia wang sebanyak RM 500 dalam bentuk Draf Bank untuk yuran tempahan rumah pilihan.

Jika anda ingin mengetahui maklumat lebih terperinci berkenaan Skim Perumahan PR1MA mampu milik ini, anda boleh terus layari Laman Rasmi PR1MA untuk rujukan – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis Program dan Inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan khususnya bantuan berbentuk kewangan bagi Keluarga Malaysia yang memerlukan. Sekiranya anda ingin semak senarai bantuan dan program yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang sudah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button