AidilfitriBANTUAN

Bantuan Khas Aidilfitri Dikreditkan Pada 17 April

Bantuan khas aidilfitri berjumlah RM350 dan RM700 akan dikreditkan pada 17 April 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan. Perkara ini telah dimaklumkan oleh pihak kerajaan menerusi surat edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 23 Mac 2023.

SENARAI PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI

Pada sidang Belanjawan 2023, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan. Perlaksanaan bantuan khas aidilfitri akan diberikan pada bulan April sebelum raya puasa.

Untuk makluman, pemberian bonus bantuan khas kewangan aidilfitri ini diberikan kepada golongan penjawat awam gred 56 dan kebawah serta pesara kerajaan. Inisiatif berbentuk bantuan kewangan ini diberikan adalah bagi membantu mereka membuat persiapan menjelang perayaan aidilfitri nanti.

Ini juga salah satu keprihatinan kerajaan ke atas penjawat awam sebagai menghargai jasa dan pengorbanan semasa menggalas amanah negara untuk masyarakat. Bantuan ini adalah salah satu inisiatif yang telah diumumkan pada BELANJAWAN 2023

KADAR BAYARAN 

Berikut adalah kadar bayaran bantuan khas kewangan aidilfitri mengikut kategori seperti dibawah :

  • Penjawat awam gred 56 ke bawah : RM700
  • Pesara kerajaan : RM350

TARIKH BAYARAN

Pembayaran secara rasmi akan dibayar pada 17 April 2023 secara kredit terus ke akaun penerima.

BANTUAN LAIN DIBAYAR SEBELUM RAYA

Untuk makluman, bukan sahaja bantuan untuk penjawat awam ini yang berikan sebelum raya. Terdapat satu lagi insentif yang akan diberikan pada bulan April, pemberian yang dimaksudkan adalah Sumbangan tunai rahmah (STR).

Pembayaran fasa kedua akan diberikan pada awal bulan atau pertengahan bulan, selewat-lewatnya selesai pada 22 April 2023. Pemberian STR ini diberikan secara berperingkat (4 Fasa) yang melibatkan (3) kategori kelayakan penerima.

Isi rumah, bujang dan warga emas akan menerima pembayaran STR tahun ini. Kepada anda yang masih belum kemaskini maklumat, sepanjang bulan ini (1 sehingga 31 Mac) kerajaan membuka pendaftaran permohonan baru dan kemaskini maklumat.

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan aidilfitri ini, terdapat pelbagai inisiatif berbentuk bantuan tunai telah disediakan oleh pihak kerajaan pada tahun ini untuk meringankan beban rakyat yang memerlukan.

Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button