BANTUANi-Suri

i-Suri 2022 : Insentif Bantuan Suri Rumah Sebanyak RM 480 Untuk Golongan B40

Untuk makluman semua, pada tahun 2022 Bantuan Insentif kepada golongan wanita terutama suri rumah iaitu i-Suri telah di teruskan. Kepada yang layak akan menerima insentif bantuan sebanya RM 480 setahun. Kepada golongan Suri Rumah boleh pilih untuk mencarum di platform KWSP melalui insentif khas yang telah di sediakan pihak KWSP iaitu i-Suri. Bantuan Insentif ini adalah khas untuk golongan Suri Rumah.

Di dalam i-Suri terdapat banyak faedah yang ada bagi pencarum golongan suri rumah, antaranya ialah golongan suri rumah akan mendapat insentif kewangan sebanyak RM 480 setahun dan juga termasuk Bantuan kematian sebanyak RM 2,500 yang telah di sediakan termasuk dalam insentif bantuan i-Suri untuk golongan suri rumah B40 selurah Malaysia.

Syarat Kelayakan Insentif i-Suri 

Di bawah kami telah sediakan syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk rujukan :

  • Had Umur 60 Tahun dan ke bawah
  • Berstatus Warganegara Malaysia
  • Isteri adalah merupakan Ketua Isi Rumah atau dikenali sebagai KIR
  • Golongan Suri Rumah yang sudah berdaftar dengan eKasih ( Pengkalan Data Kemiskinan Nasional)
  • Mencarum sekurang kurangnya RM 60 setahun atau RM 5 sebulan ke dalam akaun KWSP
Cara Mudah Daftar I-Suri

Anda boleh membuat pendaftaran permohonan ini dengan cara pergi ke cawangan KWSP berhampiran tempat tinggal anda atau mana-mana cawangan KWSP. Anda perlu sertakan dokumen penting yang di perlukan seperti di bawah :

  1. MyKad anda / pemohon
  2. Borang i-Suri KWSP 16G M
  3. Borang i-Suri KWSP 6A 2
Cara Pembayaran 
  • Secara Tunai atau Cek di kaunter Panel Bank KWSP – PBB, MBB, BSN dan RHB
  • Secara tunai atau Cek di kaunter peresitan KWSP
  • Pindahan wang melalui perbankan internet (secara atas talian / online)
Pertanyaan Dan Maklumat Lanjut

Jika anda anda sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui lebih lanjut secara terperinci berkenaan i-Suri, anda boleh terus layari laman rasmi di sini KWSP

Pada tahun 2022, terdapat banyak tambahan Bantuan bantuan baru yang di sediakan oleh pihak kerajaan. Jika anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai bantuan yang layak untuk anda terima boleh terus ke portal rasmi kami DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button