BANTUANeTunaieWallet

E-Tunai : Senarai Penerima Bantuan E-Wallet RM100 One-Off

E-Tunai : Senarai Penerima Bantuan E-Wallet bernilai RM100 secara one-off adalah golongan dewasa dari kategori B40 & M40. Untuk makluman, inisiatif berbentuk bantuan kredit edompet ini dilancarkan tidak lama lagi kepada seluruh rakyat Malaysia yang terlibat.

E-TUNAI : SENARAI PENERIMA BANTUAN

Seperti sedia maklum, pihak kerajaan perpaduan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan bagi memberi manfaat kepada rakyat. Salah satu bantuan yang bakal dilaksanakan pada bulan hadapan ialah kredit e-wallet kepada kategori dewasa.

Mereka yang berumur 21 tahun keatas berkelayakan untuk mendapatkan kredit percuma ini secara one-off. Apa yang menarik adalah lebih ramai individu yang boleh tebus bantuan ini kerana kelayakan pendapatan adalah dibawah RM100,000 setahun.

Tujuan utama perkenalan inisiatif khas ini sama seperti bantuan ebelia rahmah yang dilaksanakan pada bulan Ogos lalu. Insentif istimewa dalam bentuk kredit ewallet ini adalah bagi meringankan beban dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai melalui aplikasi edompet.

KELAYAKAN PENERIMA & TARIKH TEBUS BANTUAN E-TUNAI

Beberapa kriteria syarat kelayakan asas telah ditetapkan bagi mendapatkan bantuan khas ini seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Individu berumur 21 tahun dan keatas (Tahun 2023)
  3. Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  4. Kumpulan B40 dan M40

Bagi tarikh pemberian bantuan pula telah diumumkan oleh kerajaan, inisiatif ini akan mula dilancarkan pada bulan Disember ini. Mereka yang layak boleh claim kredit RM100 ini secara percuma (one-off) pada bulan hadapan.

CARA TEBUS BANTUAN KREDIT E-TUNAI

Sama seperti eBeliaRahmah 2023, cara tebus dan gunakan kredit etunai ini akan dilakukan melalui aplikasi edompet yang terlibat. Berdasarkan sebelum ini, ia boleh ditebus melalui Touch N Go ewallet, boost dan setel.

Segala maklumat terkini mengenai bantuan khas ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan umum masyarakat. Apa yang pasti adalah kredit ini akan dilaksanakan pada bulan Disember nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Selain e-tunai, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif berbentuk bantuan telah ditawarkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang memerlukan. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk memohon – SEMAK DISINI untuk maklumat lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button