BANTUANBeliaeTunai

Bantuan E-Tunai : Semak Kelayakan & Panduan Tebus RM200 Secara Percuma

Bantuan e-tunai adalah merupakan sebuah inisiatif khas yang ditawarkan kepada rakyat Malaysia secara percuma pada tahun ini. Untuk makluman, bantuan edompet ini telah diperkenalkan pada pembentangan Belanjawan 2023.

BANTUAN E-TUNAI RM200

Program bantuan edompat pada tahun ini telah dijenama semula kepada Bantuan kredit e-tunai belia rahmah. Kadar bayaran telah dinaikkan dengan jumlah RM200 berbanding RM150 tahun lalu.

Sempena hari raya aidiladha yang bakal tiba, atas dasar keprihatian kerajaan telah bersetuju untuk mempercepatkan perlaksanaan program bantuan e-tunai.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA

Untuk pengetahuan umum, menerusi kenyataan kementerian kewangan, inisiatif khas bantuan e-tunai ini diberikan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia berumur 18,19 dan 20 tahun.

Perlaksanaan program insentif e-tunai ini juga telah diperluaskan kepada golongan mahasiswa yang merupakan pelajar sepenuh masa di institusi pendidikan dalam negara.

Dibawah dikongsikan senarai institusi pengajian tinggi yang yang untuk tebus bantuan RM200 secara percuma seperti berikut :

  • Politeknik
  • Kolej Komuniti
  • Universiti Awam (UA)
  • Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS)
  • Senior middle 3
  • Pelajar institusi pendidikan yang setaraf dengan tingkatan enam (6)
  • Diploma kolej vokasional
  • Setaraf dengan TVET
  • Sijil tinggi agama (STAM)
  • Asasi A level / pengajian asasi
  • Diploma lanjutan
  • Setaraf sarjana muda
  • Doktor falsafah dan setaraf dengannya
  • Kursus profesional di peringkat sijil diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh kerajaan atau badan profesionall di dalam negara.

PANDUAN TEBUS BANTUAN E-TUNAI

Kepada yang berkelayakan khusus golongan belia, panduan tebus RM200 telah disediakan seperti dibawah:

Langkah pertama individu yang ingin memohon perlu memuat turun salah 1 pilihan aplikasi e-dompet seperti Bigpay, Shopeepay, Grabpay atau Touch N Go ewallet.

Selepas muat turun pilihan aplikasi, sila ikuti langkah untuk tebus bantuan khas RM200 ini seperti di bawah :

  1. Buka aplikasi edompet / ewallet
  2. Sila pilih pada bahagian ‘E-Tunai Belia Rahmah’
  3. Masukkan nombor kad pengenalan
  4. Tekan pada ‘Tebus/ claim’
  5. Selesai, anda akan terima pesanan mesej pengesahan setelah proses pengkreditan berjaya.

TARIKH PENEBUSAN BANTUAN

Untuk pengetahuan umum, jadual tarikh perlaksanaan bantuan kredit etunai belia rahmah ini telah dimaklumkan akan diberikan sebelum 29 Jun 2023. Iaitu sebelum menjelang raya haji, untuk semakan penuh maklumat, sila ke laman rasmi e-tunai belia rahmah – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan perpaduan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kewangan untuk membantu rakyat terutama golongan B40 dan miskin. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan bekelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button