BANTUANBaucarKerajaanSAVE

Cara Tebus Bantuan Kredit Percuma RM 400 Untuk Rakyat Malaysia Tahun Ini

Tahun 2022 ntuk makluman umum, jika anda sedang mencari barangan peralatan elektrik, anda boleh menebus baucar diskaun sehingga RM 400 melalui Program Sustainability Achieved Efficiency atau lebih dikenali sebagai SAVE (3.0) dari pihak Kerajaan Malaysia.

Bantuan SAVE 3.0

Dengan adanya Program SAVE ini, anda boleh menebus sehingga maksima RM 400 baucar diskaun bagi pembelian barangan elektrik – cekap tenaga. Program E-rebat maksimum RM 400 untuk isi rumah yang membeli barangan elektrik cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang telah diiktiraf dan menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga – ST.

Untuk pengetahuan umum, program ini ialah merupakan sambungan daripada program save 1.0 dan save 2.0 sebelum ini. Program SAVE ini masih diteruskan bagi tujuan menggalakan lebih ramai pengguna mendapatkan produk yang menjimatkan tenaga dan sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik bulanan.

Kadar Bantuan Baucar SAVE 3.0

Kepada individu atau setiap isi rumah yang layak bakal mendapat maksima sehingga RM 400 e-rebat – RM 200 untuk kategori 1 dan RM 50- RM 200 untuk kategori 2. Bancar ini hanya boleh ditebus dengan pembelian barangan peralatan elektrik berlabel kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang sahaja.

2 kategori dalam Program SAVE 3.0 seperti berikut :

  1. Kategori 1 – Pembelian Penghawa dingin atau Peti sejuk
  2. Kategori 2 – Pembelian Mesin basuh, Televisyen, Periuk atau Ketuhar gelombang mikro.
Syarat Kelayakan Bantuan SAVE 3.0

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan untuk menebus RM 400 seperti berikut :

  • Kepada penerima e-rebat bagi program SAVE sebelum ini tidak layak untuk memohon bagi kategori 1 program SAVE 3.0
  • Pembelian boleh di buat secara atas talian (Online) di platform e-dagang seperti Shoope , Lazada dan PG Mall
  • Pembelian boleh di buat secara fizikal di mana-mana kedai elektrik dan pasaraya berdaftar
  • Program tebus baucar ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian tahun 2022 berdasarkan ‘First come first serve’
  • Program ini hanya diberikan kepada individu / isi rumah yang berstatus warganegara Malaysia sahaja
Cara Dapatkan Bantuan Baucar SAVE 3.0

Jika anda ingin menbus baucar e-rebat SAVE 3.0 secara atas talian, anda boleh terus layari Platform e-dagang yang telah disediakan di bawah :

  • Sekiranya anda ingin claim di Lazada sila layari pautan rasmi – DI SINI
  • Jika anda ingin claim di Shoope sila layari pautan rasmi – DI SINI

Peringatan : tempoh perlaksanaan program ini telah ditetapkan bagi tahun 2022. Anda boleh menebus baucar dalam tempoh tahun ini dari 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan Program tebus baucar ini, anda boleh layari Portal Rasmi Saveenergy – KLIK DI SINI

Maklumat Lanjut

Paada tahun ini jika anda terlepas pandang, terdapat pelbagai bantuan khususnya berbentuk kewangan telah dilancarkan. Jika anda ingin semakan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda menbuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DI SINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button