AidilfitriBANTUANKerajaan

Senarai Penerima Bantuan Aidilfitri RM700

Senarai penerima bantuan aidilfitri berjumlah RM700 telah dimumkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang Belanjawan 2023. Untuk sedia maklum, pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban rakyat.

SENARAI PENERIMA BANTUAN AIDILFITRI

Pihak kerajaan telah bersetuju untuk melancarkan perlaksanaan Bantuan khas aidilfitri sempena bakal menyambut perayaan hari raya puasa tiada lama lagi. Kadar bantuan yang diberikan adalah bernilai RM350 dan RM700 kepada rakyat yang berkelayakan.

Kerajaan berharap dengan adanya pemberian insentif khas ini akan dapat sedikit sebanyak membantu mengurangkan beban kewangan dan persiapan hari raya nanti. Pemberian ini jugak salah satu penghargaan kerajaan kepada golongan yang berkelayakan dalam perkhidmatan penjawat awam dalam menjalankan tugas untuk masyarakat.

KADAR BAYARAN 

Jumlah bayaran yang akan diterima oleh senarai penerima bantuan aidilfitri ini seperti berikut :

  • RM 700 untuk golongan penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk yang dilantik secara kontrak
  • RM350 untuk golongan pesara kerajaan

TARIKH BAYARAN

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah mengumumkan bahawa bayaran bantuan khas aidilfitri ini akan diberikan pada bulan April 2023. Cara pembayaran disalurkan secara kredit terus ke akaun penerima, dijangkakan akan diberikan pada awal atau pertengahan bulan depan.

BANTUAN LAIN YANG DIBAYAR SEBELUM RAYA

Untuk makluman, bukan sahaja bantuan khas untuk penjawat awam ini yang berikan sebelum raya. Terdapat satu lagi bantuan yang akan diberikan sebelum aidilfitri iaitu bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa kedua.

Pemberian STR fasa berikutnya ini akan diberikan kepada semua kategori yang terlibat iaitu isi rumah, bujang dan warga emas. Bayaran akan disalurkan secara kredit terus ke dalam akaun penerima dan tebus tunai di kaunter BSN bagi penerima tiada akaun bank.

Sepanjang bulan Mac ini, kerajaan telah membuka permohonan baru STR dan kemaskini maklumat terkini bagi penerima sedia ada. Kepada yang masih belum membuat pengemaskinian maklumat, masih belum terlambat untuk membuat kemaskini. Sila layari laman rasmi MySTR – DI SINI

MAKLUMAT LANJUT

Selain daripada bantuan aidilfitri dan STR ini, terdapat lebih banyak inisiatif telah disediakan pada tahun ini khususnya untuk golongan yang memerlukan. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk rujukan penuh maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button