Bajet 2023BANTUANBTR

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 Bermula Januari 2023

Bayaran bantuan tunai rakyat atau lebih dikenali sebagai BTR akan mula disalurkan bermula Januari 2023 bagi pembayaran fasa pertama. Untuk sedia maklum, pada sidang pembentangan Mini Bajet 2023 pada Disember lalu. Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan perlaksanaan bantuan tunai rakyat yang pada asalnya dijadualkan pada Mac telah dipercepatkan pada bulan Januari ini.

Perkara ini dilaksanakan atas keprihatinan pihak kerajaan bagi mereka yang memerlukan terutama ramai rakyat yang terkesan berada di kawasan yang sedang dilanda bencana banjir. Dengan adanya inisiatif berbentuk kewangan ini dapat membantu meringankan beban mereka.

BANTUAN TUNAI UNTUK RAKYAT

Untuk makluman, bantuan BTR ini baru diperkenalkan pada tahun 2023. Program khas berbentuk bantuan kewangan ini adalah bagi menggantikan bantuan tunai sebelum ini seperti BPR, BSH dan BKM. Insentif berbentuk tunai ini dilaksanakan pada setiap tahun pada kadar bantuan yang berbeza.

Pada tahun ini, bayaran bantuan tunai rakyat diberikan awal tahun berbanding BKM mula disalurkan pada Mac. Ini berita gembira buat rakyat Malaysia khususnya kepada kumpulan yang benar-benar memerlukan.

KATEGORI & KADAR BANTUAN

Untuk sedia maklum, jumlah keseluruhan bantuan tunai rakyat masih belum diumumkan oleh pihak kerajaan. Namun buat masa ini, Perdana Menteri telah mengumumkan secara rasmi kategori dan kadar bayaran bagi BTR fasa 1 bulan Januari 2023 seperti berikut :

  • Kategori isi keluarga akan menerima bayaran bantuan tunai fasa 1 sebanyak RM300
  • Kategori bujang akan menerima bayaran bantuan tunai fasa 1 sebanyak RM100
  • Bagi bayaran bantuan BTR fasa 1 melibatkan 2 kategori sahaja.

Pembayaran bantuan BTR fasa 1 ini dijangkakan akan mula disalurkan pada pertengahan atau penghujung bulan Januari 2023.

PERMOHONAN

Untuk cara mohon, pihak kerajaan masih belum umumkan lagi secara rasmi. Seperti bantuan tunai sebelum ini iaitu BKM, berkemungkinan data penerima bantuan kerajaan akan secara automatik dipindahkan ke sistem BTR.

Permohonan BTR akan dibuka bagi individu yang tidak pernah mendapatkan bantuan kewangan sebelum ini. Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk informasi umum.

Jumlah keseluruhan bantuan BTR dan panduan permohonan atau kemaskini maklumat akan diketahui pada sidang pembentangan BAJET 2023 yang dijadualkan pada bulan Februari nanti.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini, selain bantuan BTR terdapat inisiatif berbentuk bantuan kewangan lain yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk rakyat yang memerlukan. Jika anda terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda mohon di laman utama – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button