BANTUANeTunai

Tarikh Bayaran E-Tunai RM100 : Bantuan Untuk Golongan Dewasa

Tarikh Bayaran E-Tunai RM100 telah dimaklumkan akan dilaksanakan tidak lama lagi pada suku keempat tahun ini. Untuk sedia maklum, inisiatif tambahan ini adalah untuk golongan dewasa berumur 21 tahun dan ke atas.

PEMBERIAN BAYARAN E-TUNAI RM100

Pada sidang Majlis Peluncuran Ekonomi Madani : Memperkasa Rakyat, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memperkenalkan satu lagi inisiatif. E-tunai bernilai RM100 telah diumumkan akan diberikan kepada golongan berumur 21 tahun keatas pula.

Sebelum ini ebelia rahmah telah dilaksanakan sehingga 31 OGOS lalu, ini adalah bantuan e-tunai RM200 yang diberikan kepada golongan mahasiswa. Atas dasar keprihatinan kerajaan, insentif istimewa e-tunai ini juga akan diagihkan kepada golongan dewasa.

Apa yang menarik adalah inisiatif ini dibuka dan boleh didapatkan oleh golongan berumur 21 tahun keatas dan mempunyai pendapatan di bawah RM100,000 setahun. Ini bermakna akan lebih ramai rakyat yang akan mendapat manfaat insentif ini kerana purata adalah golongan B40 dan M40.

KELAYAKAN DAPATKAN E-TUNAI RM100

Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi dapatkan e-tunai RM100 seperti di bawah :

  1. Warganegara Malaysia sahaja
  2. Berumur 21 tahun ke atas
  3. Golongan Dewasa (B40 dan M40)
  4. Pendapatan dibawah RM100,000 setahun

TARIKH BAYARAN E-TUNAI RM100

Kerajaan perpaduan telah mengumumkan bawah perlaksanaan bantuan khas ini akan dijalankan pada suku keempat tahun 2023. Ini bermakna ia akan dilaksanakan seawal bulan Oktober selewatnya bulan Disember nanti.

Segala maklumat terkini akan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk rujukan rakyat Malaysia. Bantuan e-tunai ini akan dilancarkan sama seperti eBeliaRahmah dimana setiap individu yang layak boleh tebus kredit melalui aplikasi edompet pilihan.

MAKLUMAT LANJUT

Terdapat lebih banyak inisiatif telah diperkenalkan kerajaan perpaduan khususnya berbentuk bantuan kewangan pada sidang Belanjawan 2023. Hal ini adalah bagi membantu meringankan beban rakyat yang memerlukan terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada mereka yang terlepas pandang, kalian boleh cek senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk di dapatkan – SEMAK DISINI untuk info lengkap maklumat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button