BANTUANBMTRISDA

Permohonan Bantuan Musim Tengkujuh RM800 : Check Kelayakan

Permohonan bantuan musim tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT kini dibuka bagi sesi tahun 2023/ 2024. Untuk makluman, pihak kerajaan telah membuka permohonan BMT bermula 15 Jun sehingga 15 September 2023.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH 2023

Pemberian inisiatif khas berbentuk bantuan kewangan ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan bagi membantu meringankan beban semasa musim tengkujuh.

Seperti tahun lalu, kadar yang diberikan adalah berjumlah RM800 setiap penerima. Jumlah tersebut akan dibayar melalui empat (4) fasa pembayaran seperti berikut :

  • Bulan November 2023 : RM200
  • Bulan Disember 2023 : RM200
  • Bulan Januari 2024 : RM200
  • Bulan Februari 2024 : RM200

Info : permohonan bantuan musim tengkujuh telahpun dibuka minggu lalu. Beberapa kriteria syarat kelayakan utama yang telah ditetapkan bagi program bantuan BMT adalah seperti di bawah.

KRITERIA SYARAT KELAYAKAN BMT

Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi bantuan musim tengkujuh RM800 adalah seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Terbuka kepada golongan pekebun kecil atau penoreh yang berdaftar dengan RISDA
  • Satu lot hanya untuk 1 penerima sahaja
  • Mempunyai jumlah keluasan tanah antara 0.1 sehingga 2.5 hektar
  • Pemilik tanah yang sah

Nota : Semua pembayaran saluran BT 2023 dikreditkan secara pemindahan dana elektronik (EFT) ke dalam akaun penerima yang layak. Program insentif khas ini dikendalikan sepenuhnya oleh pihak berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA).

PANDUAN PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, permohonan boleh dilakukan secara online. Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2023, panduan lengkap permohonan bantuan musim tengkujuh adalah seperti dibawah :

  • Permohonan baru dan pengemaskinian bantuan, sila layari laman rasmi BMT RISDA – DI SINI
  • Panduan lengkap BMT 2023 telah disediakan di laman rasmi berkenaan
  • Permohonan dibuka bermula 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023

Kepada rakyat yang merupakan penoreh atau pekebun kecil yang kurang bernasib baik, anda disarankan memohon bantuan khas ini bagi meringankan beban pada musim tengkujuh.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah memperkenalkan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan. Perkara ini bagi membantu meringankan kos sara hidup masyarakat terutama golongan B40 dan miskin tegar.

Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button