BANTUANFasa 4STR

STR Fasa Ke-4 : Semakan Tarikh & Jumlah Bayaran Fasa Akhir

STR fasa ke-4 adalah merupakan pemberian inisiatif sumbangan tunai rahmah fasa akhir yang akan diberikan kepada penerima sedia ada. Untuk makluman, pembayaran STR akan diberikan secara pengkreditan dan tebus tunai di BSN.

SEMAKAN STR FASA KE-4

Untuk sedia maklum, pembayaran STR fasa ketiga (3) dalam proses pengagihan. Bermula 26 Jun lalu, bayaran secara berperingkat telah dijalankan kepada mereka yang terlibat.

Kini hanya berbaki satu sahaja lagi fasa pembayaran bagi Sumbangan tunai rahmah tahun ini. Di halaman kali ini dikongsikan maklumat berkenaan tarikh dan jumlah bayaran STR fasa ke-4 nanti.

KADAR JUMLAH BAYARAN FASA KEEMPAT

Tidak seperti fasa sebelum ini, bayaran terakhir tidak akan melibatkan kategori bujang kerana bayaran bagi kategori tersebut diberikan sehingga fasa 3 sahaja.

Kategori isi rumah (berkeluarga) dan warga emas akan menerima bayaran terakhir STR nanti, kadar jumlah adalah seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500 KE BAWAH)

  • Tiada tanggungan anak : RM200
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM600
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM900
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM1,200

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000 KE BAWAH)

  • Tiada tanggungan anak : RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (1-2 orang) : RM0 (Tiada bayaran)
  • Mempunyai tanggungan anak (3-4 orang) : RM300
  • Mempunyai tanggungan anak (5 dan lebih) : RM500

KATEGORI WARGA EMAS SEBATANG KARA (60 TAHUN KE ATAS)

  • RM200 seorang

BUJANG (TIADA PASANGAN)

  • RM0 (Tiada bayaran)

Pembayaran STR fasa ke-4 akan dibayar secara berperingkat bermula November 2023.

SEMAKAN STATUS BAYARAN STR

Kepada penerima sedia ada dan perdaftaran baru STR, anda boleh membuat semakan status bayaran bantuan tunai STR anda. Sila ke laman rasmi MySTR – DI SINI

Info tambahan : Pada pembayaran fasa ketiga tempoh hari, ramai yang mendapati mereka berstatus ‘Tidak Lulus’ bagi bayaran STR. Kepada mereka yang terlibat jangan khuatir, bermula 3 Julai rayuan STR boleh dilakukan dan anda hanya perlu kemaskini.

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menawarkan lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan kewangan bagi membantu meringankan beban rakyat pada tahun ini. Sila lihat senarai insentif yang ada dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK SINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button