BANTUANBKMSKK

Panduan Cara Membuat Tuntutan RM 1,000 Bagi Penerima BKM 2022

Untuk sedia maklum, padda tahun 2022, Pihak Kerajaan telah meperkenalkan bantuan berbentuk kewangan yang dikenali sebagai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang telah menggantikan insentif bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Tujuan bantuan ini dilancarkan bagi membantu rakyat meringkan beban kos sara hidup pada tahun ini dan lebih mensasarkan kepada golongan individu atau keluarga yang berpendapatan rendah.

Rama yang telepas pandang, melalui BKM, terdapat sebuat skim bantuan khas disediakan kepada penerima BKM 2022 iaitu dikenali sebagai Skim Khairat Kematian (SKK) sebanyak RM 1,000 yang boleh dituntut penerima BKM.

Pengenalan Tuntutan SKK -BKM 2022

Skim Khairat Kematian merupakan sebuah bantuan yang boleh dituntut oleh waris yang telah di daftarkan penerima BKM sekiranya pasangan atau pemohon berstatus Warganegara Malaysia yang telah meninggal dunia pada tahun ini – 1 Januari 2022 – 31 Disember 2022.

Kadar Bantuan

Bantuan SKK yang akan diberikan kepada waris penerima yang layak sebanyak RM 1,000.

Syarat Kelayakan SKK – BKM 2022

Di bawah telah disediakan syarat kelayakan bagi penerima SKK :

  • Bantuan SKK layak dituntut waris yang telah didaftarkan jika pasangan atau pemohon berstatus Warganegara Malaysia
  • Bantuan SKK terhad kepada penerima BKM 2022 kategori Warga emas dan Isi Rumah
  • 1 Januari – 31 Disember 2022 – Tempoh tarikh meninggal dunia
  • Yang layak membuat tuntutan SKK ini hanya waris yang didaftarkan dalam borang permohonan BKM 2022 sahaja
  • Pasangan yang berstatus bukan Warganegara Malaysia tidak layak menuntut bantuan SKK ini
  • Pihak waris mestilah terdiri daripada Bapa atau Ibu atau Anak atau Adik beradik atau Cucu sahaja
Panduan Cara Membuat Tuntutan SKK – BKM 2022

Kepada waris penerima yang menepati syarat kelayakan boleh membuat tuntutan SKK di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) dan anda perlu sertakan dokumen seperti berikut :

  1. Sediakan dokumen pembuktian pertalian darah antara penerima (layak SKK) dan wakil/ waris
  2. Sediakan salinan atau sijil kematian asal daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Cara Pembayaran BKM 2022 Mengikut Fasa

Di bawah telah disediakan cara pembayaran BKM yang akan diagihkan :

  • Kepada penerima yang mempunyai akaun Bank dan berjaya kredit – Pembayaran BKM akan dikreditkan ke akaun Bank penerima yang telah didaftarkan
  • Kepada penerima yang mempunyai akaun Bank tetapi gagal kredit – Anda boleh membuat tuntutan secara tunai secara di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan anda
  • Kepada penerima yang tiada akaun Bank – Penerima boleh membuat tuntutan secara tunai di mana-mana cawangan BSN yang berdekatan anda
Maklumat Lanjut 

Pada tahun ini (2022) terdapat pelbagai bantuan yang telah diumumkan oleh Kerajaan khususnya berbentuk kewangan bagi membantu meringankan pembelanjaan rakyat Malaysia. Jika anda terlepas pandang atau ingin ketahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang berkelayakan untuk anda membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button