BANTUANBKM

Pengumuman Bantuan Kewangan RM 2,000 Kepada Keluarga B40

Bagi makluman semua, pada sidang Bajet 2022 telah di bentangkan Bantuan Insentif Kewangan baru iaitu Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) bagi menggantikan bantuan sebelum ini iaitu Bantuan Prihatin Rakyat atau dikenali sebagai (BPR).

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) pada dasarnya merupakan Bantuan tunai dari pihak kerajaan yang lebih mensasarkan kepada golongan keluarga yang lebih memerlukan dan layak menerima insentif kewangan bagi meringankan beban semasa dan dapat membantu kos sara hidup kepada keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana. Insentif Bantuan Kewangan ini akan di berikan kepada golongan seperti warga emas, bujang, dan bekerluarga.

Syarat Kelayakan Isi Rumah (Berkeluarga)
  • Status Berkahwin
  • Status Bapa Tunggal atau Ibu Tunggal atau Balu atau Janda atau Duda yang mempunyai anak dan menepati syarat yang di tetapkan
  • Pendapatan Isi Rumah (IR) RM 5,000 dan ke bawah
Kadar Bayaran Insentif Bantuan 

Kepada individu / keluarga yang menepati syarat kelayakan akan menerima insentif bantuan seperti di bawah :

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah – Akan menerima bayaran dari RM 1,000 sehingga RM 2,000 bergantung kepada bilangan tanggungan / anak
  • Pendapatan bulanan RM 2,501 hingga RM 5,000 – Akan menerima bayaran dari RM 400 sehingga RM 800 bergantung kepada bilangan tanggungan / anak
Panduan Mudah Mohon Dan Kemaskini Maklumat

Untuk sedia maklum, Bantuan Keluarga Malaysia adalah pengganti kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau lebih di kenali sebagai BPR tahun lalu. Jika anda penerima Bantuan sebelum ini, anda tidak perlu membuat permohonan BKM kerana segala maklumat data anda sudah di tetapkan. Anda hanya perlu kemaskini maklumat sahaja jika ada sebarang perubahan. Manakala bagi mereka yang tidak terima bantuan sebelum ini, boleh membuat permohonan baru seperti berikut :

  1. Layari Portal Rasmi Bantuan BKM di SINI 
  2. Seteruanya klik butang ‘Permohonan Baharu’
  3. Isi maklumat lengkap seperti yang di perlukan dalam sistem

Kepada anda yang sudah menerima bantuan sebelum ini, anda hanya perlu membuat semakan. Jika ada sebarang perubahan maklumat sila kemaskini maklumat BKM 2022.

Nota Penting : Tarikh tutup kemaskini dan permohonan baru BKM adalah pada 31 Januari 2022 dan kami syorkan anda membuat semakan bagi Bantuan ini. Info lanjut berkenaan Bantuan 2022  DI SINI

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button