BANTUANBKMRayuanTarikh Pembayaran

Bantuan Keluarga Malaysia : Panduan Tarikh Rayuan Dan Pembayaran Fasa 1

Ramai yang menunggu pengumuman dari pihak Kerajaan berkenaan pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia atau lebih dikenali sebagai BKM 2022. BKM adalah merupakan salah satu inisiatif berbentuk kewangan yang diberikan kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bagi meringankan beban serta kos sara hidup pada tahun ini.

Tarikh Pembayaran Fasa 1 BKM 2022

Untuk makluman, pembayaran BKM Fasa 1 bagi tahun 2022 akan diagihkan bermula pada tarikh 28 Mac 2022 sehingga 8 April 2022 secara berperingkat. Bagi pembayaran fasa 1, kira-kira 8.6 Juta penerima akan mendapat bayaran sebanyak RM 100 sehingga RM 300 berdasarkan kelayakan kategori setiap penerima.

Anda ingin membuat semakan status BKM anda? Di bawah telah di sediakan panduan penuh berkenaan cara semak status BKM 2022 secara atas talian (Online)

Semakan Status BKM 2022
  1. Sila layari Portal Rasmi BKM – DI SINI
  2. Sila isi maklumat anda pada ruangan disediakan (No Kad Pengenalan / ID Pengguna)
  3. Ikuti arahan sehingga anda masuk ke laman utam MyBKM
  4. Kemudian tekan butang ”Semakan Status”
  5. Sila lihat di ”Status Permohonan”
  6. Anda akan dapat melihat Maklumat Bayaran jika status permohonan anda dipaparkan ”Lulus”
  7. Anda boleh semak maklumat bayaran BKM 2022 Fasa 1 di halaman MyBKM
  8. Pembayaran kredit ke akaun akan diagihkan secara berperingkat bermula 28 Mac 2022
Kadar Bayaran BKM 

Di bawah telah disediakan kadar bayaran penuh BKM 2022 mengikut kategori seperti berikut :

Kategori Isi Rumah

Pendapatan Isi Rumah RM 2,500 dan ke bawah

  • Tidak mempunyai anak – RM 1,000
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 orang – RM 1,500
  • Mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang – RM 2,000

Pendapatan Isi Rumah RM 2,501 hingga RM 5,000

  • Tidak mempunyai anak – RM 400
  • Mempunyai bilangan anak 1-2 orang – RM 600
  • Mempunyai bilangan anak melebihi 3 orang – RM 800
Kategori Bujang

Bagi kategori bujang akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM 350

Kategori Warga Emas (Tiada pasangan)

Bagi kategori Warga emas (Tiada pasangan) akan menerima jumlah bayaran sebanyak RM 600

Anda tidak layak ? Tidak perlu risau, di sini disediakan tarikh permohonan rayuan BKM 2022. Anda boleh buat permohonan pada tarikh yang ditetapkan seperti berikut.

Tarikh Permohonan Rayuan BKM 2022

Bagi memastikan Bantuan BKM 2022 disasarkan kepada golongan yang lbenar benar layak menerima, tempoh permohonan akan dibuka pada tarikh berikut :

  • Bermula pada tarikh 2 Mei 2022 sehingga 2 jun 2022

Proses permohonan ini adalah bagi tujuan mempertimbangkan semula permohonan yang tidak diluluskan.  Permohonan ini memberi ruang untuk mengemukakan rayuan berserta dokumen sokongan yang berkaitan untuk dikaji / disemak semula oleh pihak LHDNM pada tarikh yang telah ditetapkan.

Pihak Kerajaan sentiasa mendengar dan peka dengan keperluan semasa dan akan terus memantau dalam memastikan kesejahteraan rakyat Malaysia terutama kepada kumpulan sasar.

Bagi makluman umum, Bantuan BKM 2022 adalah sebuah inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan dam pengumuman Belanjawan 2022 bagi memanfaatkan rakyat Malaysia yang memerlukan.

Maklumat Lanjut

Selain BKM terdapat pelbagai jenis bantuan khususnya berbentuk kewangan yang telah dilancarkan oleh pihak Kerajaan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang dan ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan senarai bantuan yang ada pada tahun 2022 yang berkelayakan untuk anda membuat sebarang permohonan, sila ke Laman Utama yang telah pihak kami sediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button