BANTUANJadual PembayaranMySTRSumbanganTunaiRahmah

MySTR : Jadual Bayaran Bantuan Tunai Bagi Tahun 2024

MySTR : Jadual Bayaran Bantuan tunai telah diumumkan oleh pihak kerajaan bagi tahun 2024 yang memberi manfaat kepada rakyat. Inisiatif istimewa ini merupakan bantuan kewangan yang melibatkan peruntukan yang besar bagi tahun ini.

MYSTR : JADUAL BAYARAN BANTUAN TUNAI 2024

Seperti sedia maklum, pada sidang Belanjawan 2024 pihak kerajaan telah memaklumkan bersetuju untuk meneruskan perlaksanaan pemberian STR. Program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah ini telah diperkenalkan pada tahun 2023 dan kini memasuki tahun kedua pelancaran.

Pada tahun ini pembayaran bantuan tunai STR akan diagihkan secara berperingkat melibatkan 4 fasa pemberian. Berikut adalah jadual bayaran STR tahun ini mengikut fasa seperti dibawah :

  • Bayaran STR Fasa pertama (1) : Bermula 29 Januari 2024 (Selesai)
  • Bayaran STR Fasa kedua (2) : Bermula April 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR Fasa ketiga (3) : Bermula Ogos 2024 (Tarikh akan dikemaskini)
  • Bayaran STR Fasa keempat (4) : Bermula November 2024 (Tarikh akan dikemaskini)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYSTR MENGIKUT KATEGORI

Untuk pengetahuan umum, jumlah bayaran bantuan tunai STR 2024 telah dinaikkan sehingga RM3,100, nilai adalah capuran dengan pemberian SARA. Kadar mengikut kategori adalah berbeza dan telah ditetapkan seperti berikut :

KATEGORI ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,500)

  • Tiada anak : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM1,500
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM2,000
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM2,500

ISI RUMAH/ KELUARGA (PENDAPATAN RM2,501 – RM5,000)

  • Tiada anak : RM500
  • Mempunyai bilangan anak (1-2) : RM750
  • Mempunyai bilangan anak (3-4) : RM1,000
  • Mempunyai bilangan anak (lebih 5) : RM1,250

KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM600 Seorang

BELIA BUJANG (21 – 59 TAHUN)

  • RM350 Seorang

Nota : Jumlah keseluruhan bayaran STR mengikut kategori diatas akan dipecahkan kepada empat fasa pembayaran.

SEMAKAN STATUS & DAFTAR BAHARU MYSTR 2024

Kepada penerima sedia ada, kalian boleh membuat semakan status dan pengemaskinian maklumat terkini secara online. Untuk semakan dan pendaftaran baharu bagi bukan penerima, sila layari laman rasmi bantuan tunai – MySTR 2024

MAKLUMAT LANJUT

Selain STR, terdapat lebih banyak kemudahan serta inisiatif khususnya berbentuk bantuan kewangan telah disediakan oleh kerajaan perpaduan bagi meringankan beban rakyat. Kepada yang terlepas pandang, sila lihat senarai insentif bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk didapatkan – SEMAK DISINI sebagai rujukan umum masyarakat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button