BANTUANe-DompeteTunaieWallet

E-Tunai 2023 : Bantuan EWallet RM200 Untuk B40

E-tunai 2023 adalah merupakan sebuah inisiatif bantuan ewallet yang telah diperkenalkan kerajaan pada tahun ini. Untuk makluman, Perdana Menteri telah memaklumkan pada sidang Belanjawan 2023 bahawa bantuan khas ini akan ditawarkan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini.

BANTUAN E-TUNAI 2023

Untuk sedia maklum, pihak kerajaan telah melancarkan pelbagai jenis inisiatif untuk rakyat Malaysia pada tahun 2023. Salah satu bantuan yang ditawarkan adalah insentif kredit e-tunai belia rahmah yang diberikan kepada rakyat Malaysia terdiri daripada golongan belia b40.

Peruntukan sebanyak RM400 juta untuk program bantuan edompet ini akan memberi manfaat kepada kira-kira dua (2) juta rakyat Malaysia yang terdiri daripada golongan belia.

Bantuan e-tunai 2023 ini menggantikan bantuan ewallet tahun sebelum iaitu eBelia (2021) dan ePemula (2022). Apa yang lebih menarik adalah kadar bantuan telah dinaikan sebanyak RM200 berbanding tahun lalu RM150.

Tujuan utama perlaksanaan program bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban terutama golongan belia b40 dan memupuk budaya transaksi tanpa tunai.

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN

Berdasarkan tahun lalu, bantuan ewallet ini ditawarkan kepada golongan yang menepati syarat kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Individu belia mencapai umur 18 sehingga 20 tahun
  • Merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat setara diploma dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

BANTUAN E-TUNAI 2023 DIPERLUASKAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memaklumkan bahawa bantuan khas ini akan diperluaskan lagi. Menerusi kenyataan beliau, bantuan ini akan ditawarkan kepada golongan mahasiswa tanpa mengira had umur pada tahun ini.

PENYEDIA PERKHIDMATAN

Dijangka beberapa penyedia perkhidmatan akan terlibat dalam program bantuan e-tunai belia rahmah 2023 untuk pemohon menebus insentif seperti berikut :

  • BigPay
  • ShopeePay
  • GrabPay
  • Tounch N Go Ewallet

Nota : Aplikasi perkhidmatan berdasarkan bantuan ewallet tahun lalu. Bantuan khas kredit e-tunai belia rahmah ini telah diumumkan pada pembentangan BELANJAWAN 2023

TARIKH PERMOHONAN 

Pada tahun lalu, bantuan ePemula dilaksanakan pada bulan April hingga Jun 2022. Bagi bantuan e-tunai 2023, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan tarikh permohonan.

Dijangkakan selewat-lewatnya pada pertengahan tahun ini akan dilaksanakan, segala maklumat terkini berkenaan bantuan khas untuk belia ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Pada tahun ini pihak kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuaan kewangan kepada rakyat Malaysia. Bagi mereka yang memerlukan, sila semak senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan berkelayakan untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button