Am PersekutuanBANTUANJKM

Bantuan Am Kerajaan RM350 : Cara Permohonan

Bantuan Am kerajaan RM350 adalah merupakan sebuah inisiatif berbentuk bantuan kewangan yang disedia oleh pihak kerajaan melalui JKM. Untuk makluman, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menawarkan sebuah bantuan khas kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan dan memerlukan pada tahun ini.

BANTUAN AM KERAJAAN RM350

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi dibawah Kementeria Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Pihak JKM telah meyediakan pelbagai jenis inisiatif pada tahun ini, salah satunya adalah bantuan Am persekutuan.

Tujuan utama perlaksanakan bantuan khas ini adalah bagi meringankan beban serta membantu individu atau keluarga yang kurang berkemampuan.  Perkara ini perlu bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan hidup dalam komuniti masyarakat.

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Untuk makluman, kadar bantuan yang ditawarkan adalah minimum RM100 seorang dan maksimum RM350 bagi 1 keluarga. Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima bayaran bantuan khas ini secara setiap bulan pada tahun ini.

KIRTERIA SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi bantuan persekutuan ini telah ditetapkan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi pendapatan garis kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa dan purata miskin per kapita semasa
  • Golongan atau keluarga yang memerlukan dan tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan dibawah kendalian JKM sebelum ini
  • Bermastautin di Wilayah Persekutuan

PANDUAN CARA PERMOHONAN

Kepada yang ingin membuat permohonan, permohonan boleh dilakukan secara atas talian. Panduan permohonan telah disediakan di laman rasmi eBantuan JKM – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, sila sediakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon
  • Salinan kad pengenalan suami isteri (pasangan) dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan sijil lahir anak dan ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Sediakan salinan penyata gaji sekiranya ada
  • Lain-lain dokumen sokongan yang berkaitan

INFO LANJUT

Selain daripada bantuan khas RM350 ini, terdapat lebih banyak inisiatif berbentuk bantuan tunai telah dilancarkan oleh kerajaan pada tahun ini. Kepada yang terlepas pandang, sila semak senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon – SEMAK DISINI untuk rujukan umum.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button