BANTUANePemula

Bantuan Tambahan RM200 Untuk B40 & M40

Bantuan tambahan RM200 untuk golongan B40 dan RM100 untuk M40 bakal dilaksanakan pada tahun ini. Untuk sedia maklum, pelbagai program inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan.

Ada bantuan lama dan masih diteruskan, ada juga bantuan baru dilancarkan pada tahun ini seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Salah satu insentif yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah program bantuan e-pemula untuk kumpulan belia B40 dan M40.

PROGRAM INSENTIF EWALLET 2023

Bantuan tambahan RM200 yang dimaksudkan adalah program e-pemula 2023. Untuk makluman umum, pada tahun lalu bantuan ini telah disediakan dengan kadar bantuan sebanyak RM150 untuk golongan belia b40.

Pada tahun 2023, pihak kerajaan telah bersetuju untuk menaikkan kadar bantuan daripada RM150 kepada RM200 untuk e-pemula b40. Manakala penambahan kategori telah diumumkan bahawa gologan M40 akan menerima insentif e-pemula sebanyak RM100.

Melalui program bantuan e-pemula ini akan melibatkan dana bantuan sebanyak RM800 juta untuk 800 juta penerima M40 dan RM400 juta untuk 2 juta penerima b40. Perkara ini telah diumumkan pada sidang BAJET 2023 pembentangan tahun lalu.

Tujuan utama program bantuan khas ini masih relaven diteruskan adalah bagi memupuk budaya rakyat melalukan pembelian secara tanpa tunai. Hal ini kerana ia lebih selamat dan mudah.

KADAR BANTUAN

Bagi kadar bantuan ewallet ini terbahagi kepada 2 kategori iaitu RM200 untuk b40 dan RM100 untuk m40. Pemberian ini diteruskan pada tahun 2023 untuk seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut telah disediakan syarat kelayakan bagi mendapatkan bantuan khas ini seperti dibawah :

  • Pemberian insentif ewallet ini diberikan kepada warganegara Malaysia sahaja
  • Merupakan golongan belia dan bujang yang berumur 18 hingga 20 tahun
  • Merupakan mahasiswa dan mahasiswi yang menyambung pelajaran di mana-mana Institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
  • Mempunyai pendapatan RM100,000 setahun bagi kategori epemula M40.

CARA TEBUS BANTUAN

Seperti tahun lalu, kaedah tebus bantuan ini adalah sama. Penebusan boleh dilakukan secara terus di platform e-dagang pilihan anda seperti berikut :

  • Big Pay
  • Shopee Pay
  • Tounch N Go ewallet
  • Grab Pay

TARIKH TEBUS BANTUAN

Buat masa ini, masih belum ada kenyataan rasmi berkenaan bantuan epemula ini. Dijangkakan sebelum pertengahan tahun ini akan diumumkan berkenaan bantuan epemula untuk b40 dan m40 ini. Segala maklumat terbaru akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 INFO LANJUT

Selain daripada bantuan khas ewallet ini, terdapat lebih lagi program inisiatif berbentuk bantuan tunai yang telah diperkenalkan pada tahun ini. Jika anda terlepas pandang, anda boleh semakan senarai bantuan yang ada dan berkelayakan untuk anda mohon –SEMAK DISINI untuk rujukan maklumat penuh.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button