AidilfitriBANTUANMAIWP

Bantuan Kewangan Khas MAIWP Sempena Hari Raya Aidilfitri RM 500

Untuk makluman semua, sempena musim perayaan aidilfitri yang bakal tiba, Pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan atau lebih dikenali sebagai MAIWP telah bersetuju memberikan bantuan khas sempena hari raya. Bantuan tersebut telah mula disalurkan pada tarikh 22 April 2022 secara berperingkat mengikut tempat.

Pihak MAIWP telah menyatakan bahawa bantuan hari raya aidilfitri tahun 2022 akan diberikan sebanyak RM 500 seorang secara One-off (Sekali bayar) kepada penerima baru dan penerima bantuan bulanan sedia ada MAIWP tahun ini.

Bantuan Raya MAIWP 

Bantuan ini melibatkan golongan penerima asnaf bagi Labuan, Putrajaa dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Manakala pembayaran bantuan raya RM 500 ini akan diberikan secara kredit terus ke akaun penerima sama seperti bantuan bulanan MAIWP.

Tujuan utama bantuan khas Raya ini bagi membantu meringankan beban rakyat dan golongan asnaf dalam persiapan menyambut bulan syawal iaitu bulan perayaan aidilfitri tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, bantuan berbentuk kewangan bulanan MAIWP bertujuan membantu meringankan beban pembelanjaan golongan asnaf yang memerlukan bantuan bulanan khususnya berbentuk kewangan melalui akaun bank masing-masing.

Jumlah insentif / bantuan yang diberikan pihak MAIWP adalah berbeza mengikut kategori jenis bantuan dan taraf kehidupan pemohon.

Jika anda bukan penerima bantuan MAIWP sebelum ini, anda boleh membuat permohonan baru. Syarat yang perlu anda ketahui sebelum memohon adalah seperti berikut :

  • Wajib Beragama Islam
  • Wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Bermastautin melebihi dari 1 tahun dan masih menetap

Jika anda menepati syarat, anda boleh membuat permohonan bantuan ini secara datang terus ke Pejabat Baitulmal MAIWP atau anda boleh memohon secara online (Atas talian) di Portal Rasmi MAIWP – DI SINI

Maklumat Lanjut

Pada tahun 2022 terdapat pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri bagi mereka yang memerlukan khususnya bantuan melibatkan kewangan. Jika anda terlepas pandang dan ingin membuat semakan senarai bantuan yang ada pada tahun ini yang berkelayakan untuk anda mohon, sila ke Laman Utama yang telah di sediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button