BANTUANBINGKASeWallet

Rasmi : Bantuan RM300 Sebulan Ditawarkan Untuk Keluarga B40

Rasmi : Bantuan RM300 Sebulan kini ditawarkan untuk keluarga yang berada dalam kategori B40, pendapatan bulanan RM3,000 kebawah. Bagi makluman, terdapat sebuah inisiatif berbentuk bantuan yang boleh dimohon pada tahun ini.

RASMI : BANTUAN RM300 SEBULAN

Pihak kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai bantuan Kehidupan Sejahtera BINGKAS. Menerusi program khas ini, pemohon yang layak akan menerima bayaran bantuan ewallet bernilai RM300 sebulan.

Bantuan ini akan dikreditkan ke paras RM300 setiap bulan secara automatik dan jumlah bantuan adalah RM3,600 untuk setahun. Bantuan khas ini mula dilaksanakan pada tahun 2021, atas dasar keprihatinan inisiatif BINGKAS ini masih diteruskan pada tahun 2023.

Tujuan utama perlaksanaan bantuan kehidupan sejahtera ini masih relevan dan diteruskan adalah bagi meringankan beban ketua keluarga yang kurang berkemampuan. Dengan adanya bantuan ewallet ini dapat digunakan dengan membeli barangan keperluan asas termasuk peralatan pendidikan anak yang masih belajar.

KELAYAKAN ASAS BANTUAN RM300 (EWALLET)

Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi permohonan bantuan BINGKAS RM300 sebulan ini seperti berikut :

  • Terbuka kepada Warganegara Malaysia
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan (Golongan B40)
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan berumur 18 tahun dan ke bawah
  • Lahir di Selangor atau telah menetap melebihi 10 tahun di negeri Selangor
  • Pemilih berdaftar

CARA DAFTAR BANTUAN RM300 SEBULAN

Kepada mereka yang memerlukan dan berkelayakan, pendaftaran permohonan boleh dikemukakan secara online. Panduan langkah daftar permohonan telah disediakan, sila ke laman rasmi bantuan BINGKAS – DI SINI

Bagi memudahkan proses semakan permohonan, setiap individu perlu sertakan dokumen-dokumen penting yang diperlukan seperti :

  1. Salinan kad pengenalan diri (Pemohon dan/ atau pasangan)
  2. Salinan kad pengenalan/ Mykid (Tanggungan/ anak)
  3. Salinan sijil penceraian/ kematian/ laporan polis (Ibu bapa tunggal)
  4. Salinan penyata EA atau KWSP (Pekerja swasta)
  5. Salinan slip gaji (Penjawat awam)
  6. Surat pengesahan penyata pendapatan (Bekerja sendiri atau tidak bekerja)

MAKLUMAT LANJUT

Kerajaan persekutuan dan negeri telah menyediakan bermacam jenis kemudahan dan inisiatif berbentuk bantuan bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada pada tahun ini dan layak untuk dimohon – SEMAK DISINI untuk info lengkap.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button