BANTUANi-Fitri

I-Fitri 2022 : Bantuan Kewangan Hari Raya RM 400 Untuk Golongan B40 & M40

Sempena bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, satu Insentif Bantuan kewangan telah diperkenalkan sempena hari raya puasa iaitu dikenali I-Fitri 2022. Bantuan ini menyediakan bayaran sebanyak RM 400 kepada golongan isi rumah B40 dan RM 250 kepada golongan isi rumah M40.

Pemberian insentif bantuan kewangan ini adalah berdasarkan pendapatan isi rumah bulanan semasa yang telah ditetapkan iaitu RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.

Menurut kenyataan rasmi Menteri Besar Terengganu, Dato Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bantuan ini mempunyai 2 kategori iaitu bantuan kewangan sebanyak RM 400 akan diagihkan kepada keluarga miskin dan RM 250 kepada golongan yang berpendapatan RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.

Pengenalan Insentif Kewangan I-Fitri 2022

Untuk pengetahun umum, Bantuan kewangan ini telah disediakan oleh pihak kerajaan Negeri Terengganu melalui I-Fitri dana akan diberikan kepada keluarga miskin serta isi rumah yang berada dalam kategori B40 dan M40 yang layak.

Bantuan ini dilancarkan dengan harapan dapat memberi manfaat kepada kira-kira 115,000 yang bakal menerima bantuan ini. Dengan adanya insentif kewangan I-Fitri ini dapat membantu meringankan pembelanjaan menjelang perayaan Hari Raya Puasa pada tahun ini.

Penerima bantuan kewangan ini terdiri daripada 31,500 isi rumah miskin yang akan menerima insentif kewangan sebanyak RM 400 manakala 83,500 isi rumah golongan berpendapatan bulanan semasa RM 2,500 hingga RM 5,000 akan menerima insentif kewangan sebanyak RM 250 untuk setiap keluarga.

Kadar Bantuan I-Fitri 2022

Di bawah adalah merupakan Jumlah bayaran bantuan yang akan diberikan kepada penerima yang layak :

  • RM 250 kepada golongan M40 yang layak
  • RM 400 kepada golongan B40 yang layak
  • RM 400 kepada keluarga miskin
Maklumat Lanjut

Anda boleh ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan bantuan kewangan I-Fitri 2022 yang akan diberikan sebelum menjelang hari raya puasa nanti.

Pada tahun ini, terdapat pelbagai bantuan telah diumumkan oleh pihak Kerajaan Malaysia serta kerajaan negeri. Jika anda terlepas pandang atau ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan senarai bantuan pada tahun 2022 yang anda berkelayakan untuk membuat permohonan, sila ke Laman Utama yang telah disediakan – KLIK DISINI

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button